Buat julung kalinya telah berlangsungnya Perhimpunan Kelab Kereta Wira yang diadakan secara besar-besaran di Negeri Kelantan. Bertempat di Giant Superstore Tunjung, program Wira Nation 2K19 ini dianjurkan oleh R7 Motorsports Event Management dengan kerjasama MJ Steady (M) Sdn Bhd yang diadakan pada 30 Ogos lalu dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Sebanyak 350 peserta telah menyertai program ini dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Competition Wira Nation yang terbahagi kepada 9 kategori. Selain itu, turut diadakan adalah pertandingan King Of Wira Club (Kelab Wira Terbaik & Teramai) yang mendapat persaingan sengit bagi setiap kelab yang hadir dan Piala Khas ‘King Of The King’ dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan.
Perkongsian : Ame King















































