Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : T-Rex Prokick Pemusnah!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Mungkin tidak ketara tapi ada yang kurang bersetuju dengan modifikasi dan pengisian sistem I.C.E ke atas kereta kompak yang dijadikan sebagai kereta demo. Ditambah pula dengan ruang terhad serta ketidakupayaan memikul kapasiti berlebihan. Silap haribulan, boleh mengakibatkan ketidakstabilan pada sistem penjajaran. Namun, ada yang tetap berani mempertaruhkan kereta comel ini sebagai perumah sistem I.C.E yang adakalanya memikul sehingga lebih 6 unit woofer (di bahagian belakang saja!)

Isu wajar atau tidak bukan sahaja disasarkan kepada kereta kompak, malah pelbagai jenis kenderaan lain termasuklah SUV. Alasan diberikan pula agak klise. SUV dikeluarkan dengan satu tujuan, membawa penumpang dan dalam masa yang sama berfungsi sebagai trak pengangkut barang. Menjadikan sebuah SUV sebagai kereta demo dilihat sebagai satu tindakan kurang bijak. Benarkah begitu? Apa-apapun saya percaya, semuanya terletak kepada kebijaksaan si pemilik. Tidak kiralah kereta kompak mahupun SUV, yang penting tujuan peribadi pemilik tercapai.

Pemakaian SUV sebagai kereta demo memberikan banyak kelebihan. Ruang yang cukup luas membenarkan si pemilik beradaptasi dan mengalirkan daya kreativiti dengan lebih luarbiasa. Lihat saja Isuzu Trooper yang dilekatkan wajah T-Rex ini. Secara tidak langsung membawa signifikasi tersendiri. Mungkin anda pernah menonton filem Jurassic Park yang menghidupkan semula kewujudan kumpulan haiwan ini yang lebih dikenali sebagai dinosour. Ingat lagi bunyi T-Rex yang memusnahkan sebahagian taman dinosour itu? Bergegar gunung-ganang dek ngaumannya. Ya. Itulah signifikan dipinjam Trooper ini!

Bukan sekadar omongan kosong. Lihat sahaja pada paduan barisan woofer yang disusun rapi di bahagian belakang trooper ini. Sejumlah 10 unit woofer 12” Prokick PK1212 digunakan untuk memberi kuasa dentuman yang hampir tidak boleh diterima akal. Maksud di sini bukannya gila, tetapi terlampau kuat ‘tendangannya’! Barisan ini mendefinisikan isyarat yang diproses 2 unit amplifier yang mana setiap satunya bertugas memacu 5 unit woofer, amplifier monoblock Soundstream Tarantula 6500D.

Sebelum tiba di 2 unit amplifier monoblock, isyarat yang turut dialirkan kepada 3 unit amplifier lain ini melepasi medan pre-amp. Sepertimana yang diketahui, ramai yang melangkau peringkat pre-amp ini kerana beranggapan ia tidak penting dan sekadar menambahkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya. Pun begitu, masih ada ramai yang menggunakan khidmat pre-amp untuk mengawal jumlah dentuman bass yang diperlukan, mengikut kehendak yang sentiasa berubah-ubah. Pendek kata, senang kerja!

Menurut takrifan pecinta I.C.E, tak sempurna kalau tidak menitikberatkan pemain utama yang bertanggungjawab membaca segala fail media yang bakal meletus di hujung sistem I.C.E masing-masing. Bagi menambah lengkapkan sistem I.C.E T-Rex ini, seunit pemain utama Pioneer DEH-1050 dijadikan sebagai pilihan.

Isyarat yang dihasilkan oleh pemain ini juga turut diterima oleh 3 unit amplifier yang lain. 2 daripada amplifier ini merupakan amplifier 4 channel VSL. Setiap satu darinya pula bertugas untuk memacu 4 unit mid bass 6” The Punch. Seperti yang diketahui seluruh warga dunia I.C.E, The Punch mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya apabila ditalakan untuk sistem SPL. Gegar-gempita dibuatnya. Bayangkan dentuman yang dihasilkan menerusi dua jenama Prokick dan The Punch ini? Ada berani?

Nanti dulu, masih ada lagi berbaki satu unit amplifier. Amplifier 2 channel Bazoka ini pula memikul tugas untuk memacu 6 unit tweeter yang juga dari jenama Bazoka. Ya, Bazoka! Barulah ada keseimbangan pada sistem I.C.E ini. Tidaklah hanya memberat kepada dentuman bass yang membulat semata-mata. Ditambah pula dengan interior dan eksterior yang ganas, amat bertepatan dengan konsep yang dibawakan oleh Trooper ini. Seganas T-Rex.

T-Rex Prokick kepunyaan saudara Halim yang juga merupakan kereta demo ini, seringkali menyertai pertandingan audio yang diadakan di sekitar Sabah. Kehadirannya di medan tempur, bukan sekadar memenuhkan bilangan peserta, malah ‘memusnahkan’ harapan peserta lain. Apa yang lebih menarik, tidak salah rasanya kalau saya katakan, kereta-kereta I.C.E yang datang dari negeri ini punyai keistimewaan tersendiri. Lebih unik dan lebih berani. Ini baru T-Rex dari Sabah, akan datang apa pula ya?

Previous Post

Wira Nation 2K19

Next Post

Rugga6D

Next Post

Rugga6D

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved