Walaupun dunia audio dalam kereta di Malaysia bergerak agak perlahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun begitu, masih ada ramai penggemar audio yang gigih mengemaskini sistem audio sama ada demi kepuasan diri sendiri dan tidak kurang juga menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan seiring dengan penganjuran autoshow di merata tempat khususnya di hujung minggu dan cuti-cuti am.
Boleh dikatakan, penganjuran Autoshow ini tidak pernah perlahan atau berkurangan. Kelab-kelab kereta dengan kerjasama para penganjur dan penaja sentiasa berusaha memastikan dunia modifikasi permotoran tidak berkubur yang secara tidak langsung, melahirkan para peminat yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia modifikasi termasuk audio sistem. Lazimnya, para peminat baru ini akan membuat carian untuk rujukan sebelum membina sistem audio ke atas kereta masing-masing dan cenderung memilih jenama yang bukan sahaja berkualiti tetapi mampu milik. Salah satu sistem audio yang menawarkan kedua-dua ini adalah Aura Dynamics edaran Tong Lin Trading Sdn. Bhd.
Aura Dynamics turut menawarkan pelbagai aksesori audio untuk para peminat audio seperti barisan amplifier, kabel speaker dan macam-macam lagi. Salah satu barisan produk Aura Dynamics adalah amplifier yang menawarkan amplifer monoblok, amplifier 2 channel dan amplifier 4 channel. Didatangkan dengan rekaan perumah yang elegan dan bersaiz kompak, sesuai untuk penggemar audio yang mementingkan kualiti tetapi dalam masa yang sama, amat mementingkan penggunaan ruang.
Amplifier 2 Channel SGA-7502
Spesfikasi
Kuasa Output @ 4 Ohm : 75w x 2
Kuasa Output @ 2 Ohm : 110w x 2
Respons Frekuensi : 20 Hz – 22 kHz (-3dB)
Input Impedans : 22k Ohm
Input Sensitiviti : 300mV-6V
Amplifier 4 Channel SGA-7504
Spesfikasi
Kuasa Output @ 4 Ohm : 75w x 4
Kuasa Output @ 2 Ohm : 110w x 4
Respons Frekuensi : 20 Hz – 22 kHz (-3dB)
Input Impedans : 22k Ohm
Input Sensitiviti : 300mV-6V
Amplifier Monoblock SGA-7500D
Spesfikasi
Kuasa Output @ 4 Ohm : 200w x 1
Kuasa Output @ 2 Ohm : 350w x 1
Respons Frekuensi : 17 Hz – 180Hz (-3dB)
Input Impedans : 20k Ohm
Input Sensitiviti : 60mV-2.5V
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Tong Lin Trading Sdn Bhd
No.69, Jalan 10/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.
No Tel : 03 – 9285 6605 / 1371
Emel : [email protected]
Facebook : https://www.facebook.com/tonglintradingsdnbhd/