Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

W210 dengan kuasa EFX

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Saya pernah suka kereta ini, saya suka dan masih suka hingga ke hari ini. Masih segar diingatan bila saya hampir-hampir membayar tempahan beberapa tahun lepas sebuah model CDI (diesel) E270. Pemanduannya sangat enak, tipikal sebuah sedan kelas pertengahan Mercedes yang mengutamakan keselesaan dan egronomik pemanduan. Salah satu sebab batal membeli bila harga diesel naik mendadak mengatasi jualan petrol. Kebetulan juga saya baru bertukar tempat kerja. Terus tertangguh niat tersebut.

Sekarang, untuk membeli kereta ini semakin sukar kerana memerlukan wang tunai yang banyak. Dengan umur kereta yang semakin meningkat, peluang mendapatkan pinjaman semakin tipis serta banyak pemilik tidak mahu menjual akibat harga yang semakin murah. Bayangkan waktu dibeli baru, kereta ini berharga hampir RM300 ribu dan pada hari ini ia boleh dibeli pada harga RM30 ribu sahaja. Jangan khuatir dengan harganya yang murah kerana membela kereta ini jika pandai, tidak susah langsung, kosnya mungkin lebih kurang memandu sebuah Perdana V6.

Apa yang lebih menyeronokkan tentang kereta-kereta buatan Mercedes ialah kaedah penebatan NVH (Noise Vibration & Harshness) yang menjadi tonggak utama. Orang tidak membeli sebuah Mercedes untuk mendengar bunyi udara dan tayar masuk ke dalam kabin. Kekedapan bunyinya wajib dipuji dan tidak hairanlah pada mereka yang menyedari kelebihan ini akan memilihnya sebagai sebuah projek kereta audio.

Kereta ini dimulakan dengan pemasangan pemain utama Pioneer DEH-80PRS. Tak perlu diperkenalkan lagi kerana sejak saya menulis di sini, pemain inilah paling kerap saya ulas. Kebolehannya menjadikan pemain ini pilihan utama peminat SQ. Anda hanya perlukan resepi yang betul di mana untuk memanfaatkan kemampuan dan bunyi yang diproses, sekurang-kurangnya 2 unit amplifier diperlukan dan dalam projek W210 silver ini, jenama dari EFX telah dipilih.

Amplifier 4 channel EFX 600C4 dipasang untuk memantapkan keluaran bunyi dari set speaker hadapan. Speaker tersebut ialah set komponen German Maestro SV6509A dipasangkan di bahagian depan. Mid bass yang sepatutnya dipasang sebalik panel pintu telah diubahsuai untuk mendapatkan jajaran pemasangan yang optimum. Panel pintu asal telah ditebuk dan dipasangkan dengan perumah baru untuk memuatkan mid bass tersebut. Sebagai penambahan nilai estetik selaras mentol LED biru lembut dipasangkan di bahagian platform itu.

Set komponen German Maestro SV6509A ini didatangkan dengan dua unit tweeter yang boleh dipilih samada untuk dipasangkan dalam panel A pillar atau ditanam terus dengan perumah aluminium. Sudah pasti kedua-dua kaedah ini memberi hasil yang berbeza dan pada Mercedes ini, mereka menggunakan kaedah kedua dengan menggunakan kembali perumah asal German Maestro yang digantung terus kepada pillar depan kereta ini.

Seunit woofer 12” EFX P124 dipasang di dalam but belakang. Berbeza dari kaedah semasa yang menempatkan woofer di belakang kerusi, woofer ini dipadankan di penjuru but kereta. Estetik mungkin sebahagian daripada matlamat pemasangan ini tapi dari apa yang didakwa oleh pemasangnya, kesannya nyata lebih baik. Woofer ini mendapat bekalan kuasa daripada amplifier kelas D monoblok EFX 500C1. Amplifier ini bersama amplifier 4 channel tadi dipasang pada but dengan kemasan perak. Mengapit posisi amplifier ini ialah 2 unit kapasitor 2 .0 farad. Kemasan dalam but ini juga agak aneh dengan penggunaan warna silver yang dominan. Bukan itu sahaja, material yang digunakan juga adalah hampir sepenuhnya daripada kayu.

Dari satu sudut, saya masih memandang kereta ini sebagai sebuah projek yang berjaya. Saya sering keluar mengikut sesi fotografi dan bukan semua subjek saya berminat untuk mendengar hasil pemasangan audio. Tapi W210 ini tetap memaksa saya masuk ke dalam kereta, menutup pintu, menghayati bunyi dan menikmati pemanduan singkatnya. Oh, ya. Saya tak berubah dalam menetapkan impian memiliki kereta ini satu hari nanti.

Previous Post

AD Resort Audiobank

Next Post

Camry Audiobank, Practically Clean Audio

Next Post

Camry Audiobank, Practically Clean Audio

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved