Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Camry Audiobank, Practically Clean Audio

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Toyota Camry – bagi sesetengah orang, ia sebuah kereta yang membosankan, kereta orang tua, kereta tauke, kereta tak ada “soul” dan hanya sebuah kereta. Tapi kerana ia lahir dari kilang Toyota, ia berkaitan dengan reliabiliti.

Saya percaya majoriti pembeli Camry terdiri daripada mereka yang tak mahu fikir pasal bila rosak susah nak cari barang. Kereta-kereta Toyota jarang sangat yang meragam kalau dibeli baru. Sebab itulah keretanya walau spec asal pun harganya tetap mahal – dan tetap laku.

Beli dan pandu sampai rosak – mungkin selepas 10 tahun, itu konsep yang pembeli Toyota terapkan dalam minda mereka, tapi bagaimana pula untuk jadikan sebuah kereta yang lumrahnya amat membosankan menjadi sesuatu yang menghiburkan?

Audio. Salah satu cara untuk jadikan hidup anda ceria, gembira adalah menerusi alunan muzik berkualiti tinggi yang menjadikan lagu tak sedap pun seronok didengar.

Kereta ini dibina oleh Tommy Lim dari JTT Car Audio untuk pelanggannya. Seperti ratusan kereta yang pernah kami siarkan sejak majalah Kar Hifi diterbitkan, kereta ini dibina serius untuk pertandingan audio. Ia menggunakan jenama sepenuhnya dari Audiobank.

Bagi memanfaatkan keluaran bunyi dari keseluruhan sistem, pamacu utama terhadap sistem SQ ini dipasangkan dengan pemain utama Pioneer X5850DVD. Ia muat dengan baik dalam kelongsong konsol tengah menggantikan unit pemain audio asal kereta ini.

Walaupun agak bagus spesifikasinya, pemain DVD ini hanya berfungsi sebagai platform media sahaja. Penalaan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pemproses bunyi digital Audiobank AB ID08 DSP. Ia memiliki saluran output equalizer 8 frekuensi berbeza menjadikan talaan bunyi lebih tepat dan jitu.

Sepertimana sistem SQ yang biasa dibina, kereta ini disusun sebagai sistem tiga hala bagi kabinnya. Itu bermaksud, mid bass 4” bersama tweeter dipasangkan pada tiang A dengan perumah buatan custom. Kesemuanya dibina sendiri secara in house oleh installer JTT Car Audio yang diketuai oleh Tommy Lim.

Mid range 4” Audiobank AB30HM (atau lebih dikenali dengan istilah high mid) dipasangkan bersama tweeter Audiobank yang cukup kemas letakkannya. Set frekuensi pertengahan dan tinggi ini dipacu menggunakan amplifier edisi terhad Audiobank AB-804A 4 channel. Ia disambungkan menggunakan kabel-kabel RCA berkualiti tinggi Audiobank AB-P5M.

Ruang bonet belakang Camry ini menampilkan susunan peralatan audio yang kemas dan praktikal. Seakan sudah menjadi piawai pemasangan SQ, peralatan seperti amplifier akan “disandarkan” pada kerusi sementara woofer dilekapkan pada bahagian sisi.

Kenapa bukan di tengah? Sebab teori staging menjadi lebih mudah kerana kedudukan pemandu adalah di sebelah kanan. Penala yang bagus akan menghantar isyarat “bass” ke bahagian tengah antara kerusi pemandu dan penumpang. Bunyi ini pula akan bergabung dengan staging yang terhasil bagi frekuensi sederhana dan tinggi.

Seunit woofer 12” Audiobank AB-P22D4 ini dikuasakan oleh seunit lagi amplifier Audiobank 4 saluran model AB-804A. Ia menerima kuasa dari dua saluran yang dibridge bersama 2 lagi saluran amplifier tadi dibekalkan kepada mid bass yang terletak pada panel pintu hadapan – Audiobank mid AB Z-165.

Sistem ini disempurnakan oleh pemasangan alat sekunder yang tak kurang pentingnya. Ia terdiri daripada kotak fius luaran, Sound Barrier model AB-GY08 dan pencegah gegaran (vibration damping) model ASP-6. Kesemuanya dari jenama Audiobank.

Previous Post

W210 dengan kuasa EFX

Next Post

DDPai

Next Post

DDPai

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved