Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Vios Edifier, Light & Easy

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-08-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Vios Edifier, Light & Easy

Semua orang tahu bahawa Toyota Vios sebuah kereta asas. Di Malaysia, kereta ini telah menggantikan kedudukan Corolla yang sangat laris masa 80-an dan 90-an. Bila Corolla (Altis) dan menjangkau harga 6 digit, ramai pembeli asalnya tidak lagi melihat ia sebagai kereta penumpang yang mampu milik. Di pasaran negara membangun, Toyota bijak memperkenalkan kereta lebih asas iaitu Vios.

Tapi bagi negara kita, UMWT berjaya memposisikan Vios menjadi lebih premium. Kalau negara lain masih banyak orang yang pandu transmisi manual, Malaysia majoritinya pemalas. Semua nak automatik. Masa awal Vios keluar dulu pun tak ada versi manual, kemudian generasi kedua barulah keluar spesifikasi J untuk pilihan manual. Biasalah, bila manual ni persepsinya kereta murah.

Kereta Vios bukan sahaja dibeli oleh orang perseorangan tetapi juga dapat sambutan di kalangan syarikat sebab semua tahu kos penjagaannya murah. Tak banyak kerenah dan harga terpakai yang boleh diharap. Kereta lasak ini juga dibeli oleh syarikat pengedar produk audio Edifier untuk dijadikan kereta pertama mereka bagi tujuan demonstrasi.

Sistem kereta ini dibina bermula dengan seunit pemain Alpine 2-din IVE-W535EBT. Ia pemain asas sederhana yang memiliki kapasiti pemproses agak baik sekalipun tanpa bantuan H800. Mempercayai kemampuan pemain ini, ia disambungkan terus kepada unit amplifier yang berjumlah 4 unit semuanya.

Amplifier CA8000B Edifier 4 saluran kelas AB digunakan untuk memacu sistem mid yang terletak pada set komponen di bahagian kabin dan juga but belakang. Menggunakan gabungan 2 ohm bagi setiap saluran, satu amplifier memandu empat unit mid. Unit amplifier yang pertama telah digunakan untuk memacu 2 mid bass 6.5” dari set speaker komponen Edifier P651, 2 unit mid bass 6.5” dari set speaker komponen GF651B dan juga 4 unit tweeter. Manakala seunit lagi amplifier telah memacu 4 unit mid bass 6” dan 4 unit tweeter dari set speaker komponen Edifier F611A. Ia meliputi set komponen di bahagian panel pintu hadapan dan juga di paparan built-in pada but belakang.

Lebih menarik lagi, sebuah televisyen 32 inci dipasangkan di bahagian but untuk paparan visual yang lebih efektif. Vios terkenal dengan saiz but besarnya, kerana itu jugalah ia menjadi pilihan pengusaha teksi di negara-negara serantau. Kelebihan ini digunakan pada kereta demo ini dengan menempatkan set monitor yang disebutkan tadi malah bukan itu sahaja, ia masih lagi mampu menampung 2 unit woofer berukuran 12 inci!

Bagaimana memuatkannya?

Kepakaran menentu-ukur ruang dan teknik pemasangan telah membolehkan ianya dipasang rendah ke bahagian lantai. Padahal, sebahagian ruang tersebut telah dipotong untuk ‘memasukkan’ perumah woofer ini. Tapi disebabkan teknik yang betul, ia nampak seperti sentuhan OEM oleh pengeluar.

Woofer ini dikuasakan oleh janaan bebas. Setiap satu woofer Edifier EDF310 ini dikuasakan oleh seunit amplifier monoblok kelas D CA8001B dan sudah pastinya, masalah seperti power loss tidak akan timbul baik di mana sahaja volum dilaraskan. Penalaan juga menjadi sangat mudah kerana setiap satu pemasangan komponen dari sistem kereta ini dibuat secara berasingan.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 81

 

Previous Post

CR-V Audio, The Option One

Next Post

Kevin & Satria Revenge Digital

Next Post

Kevin & Satria Revenge Digital

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved