Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Vios Caliber Mr Kang

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

5 tahun bersama majalah Karhifi, apa yang boleh saya katakan, ini adalah kereta yang paling kemas pernah saya jumpa. Tak banyak kereta dibina untuk autoshow dan dijaga sebegini rupa. Kebanyakannya hanya cantik pada tahun pertama, masuk tahun kedua dan ketiga, nak buat sesi penjurian pun tak ada semangat. Sama ada kualiti kerja menyebabkan kondisinya teruk atau semangat pemilik yang semakin pudar untuk membelai kenderaan mereka.

Sekali pandang, jentera Vios ini nampak sama dan tipikal dengan pengubahsuaian yang berkonsepkan autoshow. Namun apabila meneliti dengan lebih dekat, kita boleh letak level mana tahap pengubahsuaiannya. Kemas, teliti dan cukup bersih.

Kereta ini dipasangkan dengan bodykit rekaan AL Motorsport Johor Bahru. Sebuah premis dengan kepakaran kerja custom yang terbaik di Malaysia. Sebagai tambahan, ia dilengkapkan dengan rim 19 inci Vienna dan untuk merendahkannya ke lantai japan, satu set suspensi jenis hidraulik digunakan. Mudah dan cepat untuk dilaraskan.Kesemua bahagian dalaman kereta ini dibalut dengan gaya VIP. Kulit berwarna cerah dan warna coklat gelap membalut hampir 100 peratus bahagian fabrik dan vinyl. Kerja-kerja kosmetik turut melibatkan aktiviti water transfer dengan corak kayu halus di bahagian yang dipilih menjadikan tema bahagian dalaman hidup dengan gaya klasik kontemporari.

Bahagian audio pula menampilkan pemain Pioneer AVH-X555OBT sebagai penggerak utama. Walaupun ia pemain dengan fungsi DVD dengan skrin 7 inci ternyata ia tidak cukup dengan selera Mr Kang untuk menambah aura visual. Lebih 20 buah monitor dipasang di tempat strategik dengan cara yang berbeza-beza. Di atas dashborad, ia ditanam didalam kelongsong gentian kaca, di bahagian pintu, ia diselitkan di bahagian penal dengan susunan yang sangat kemas.

2 unit pre-amp Caliber dan seunit crossover aktif dipasangkan sebagai sistem laras sekunder. Dari unit-unit ini ia disalurkan kepada 3 pembekal kuasa utama iaitu seunit amplifier monoblok dan 2 unit amplifier 2 channel, kesemuanya dari jenama Caliber.

Seperti yang dapat anda lihat di bahagian but kereta ini, ia adalah satu pembinaan komponen audio yang cukup ekstensif. Amplifier monoblok tadi membekalkan kuasa secukupnya pada dua unit woofer 12” Caliber. Empat unit mid 6.5” dan dua unit horn tweeter juga melengkapi antara satu sama lain dengan mendapat staging kuasa dari amplifier 2 channel seperti yang disebutkan pada awal tadi.

Kelengkapan bunyi ini sebenarnya tidak ‘menjual’ kereta ini secara keseluruhannya. Ia adalah sebahagian dari pakej pengubahsuaian dan tingkat-taraf menyeluruh yang menjadikan Vios ini cukup istimewa. Setiap inci bahagian diteliti, dipasang dan ditrim mengikut kehendak pemiliknya dan saya agak terkejut apabila diberitahu kereta ini sudah siap hampir 3 tahun lepas.

Itu membuktikan hasil kerjanya memang bermutu tinggi. Baik dari segi penggunaan bodykit, warna, upholstery, audio, mahupun aksesori tambahan seperti roda dan sistem suspensi. Tengok ruang enjin pun buat hati berdebar, bersih, berkilat dan lebih bersih dari sebuah kereta baru di bilik pameran!

Kesungguhan Mr Kang menyiapkan kereta ini memang wajar menadapat pujian. Satu lagi yang saya bangga, kereta ini dipandu hampir ke seluruh Malaysia (malah ke Thailand) untuk menyertai pertandingan audio dan autoshow. Tidak dinafikan, kalau saya jadi juri, kereta ini akan menjadi johan tanpa banyak soal.

Previous Post

Quest for A New Sound

Next Post

Almera Horizon, In the Wondersound

Next Post

Almera Horizon, In the Wondersound

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved