Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Quest for A New Sound

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sepanjang 2 bulan yang lepas, jarang sekali saya diberi tugasan menulis kereta audio SQ. Saya maksudkan, sistem audio SQ premium dengan bilangan peralatan sedikit tapi bunyinya mengagumkan. Rasanya kebanyakan kita yang menggemari sistem begini lebih realistik. Jujur untuk saya katakan, saya juga kagum pada penala yang mampu membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana sepasang speaker sebesar telapak tangan mampu memenuhi ruang bunyi sebuah kabin kereta?

Saya mula mendalami sistem SQ secara serius bila berkhidmat dengan majalah ini. Dulu, penalaan semuanya dibuat sendiri dengan teknologi yang sangat terhad. Jangan tanya tentang jajaran masa (time alignment), pemproses berhalaju tinggi, pemain seperti P90 atau F1 yang mahal. Saya susah nak percaya. Namun pembelajaran setiap hari menyimpulkan satu perkara tentang SQ. Sistem yang bagus bunyinya tidak akan terhasil dengan belanja yang murah. Jika anda mahu serius menghasilkan bunyi ‘staging’ memusat yang jelas, terang, ‘warm’ dan bass yang berlegar di sekeliling kokpit tanpa meggegarkan kereta, selamat datang kepada dunia menghabiskan duit!

Ini satu lagi contoh pembikinan audio yang meliputi penekanan pada kualiti bunyi. Kereta ini dibina pihak New Sound Quest di Shah alam oleh saudara Kenny. Baiklah. Bila anda berbual tentang apa yang kita mahukan pada sebuah sistem SQ yang cemerlang, ia bukanlah terletak 100 peratus pada jenis peralatan yang dipilih. Corak pemasangan, pemilihan kabel dan fius, pemproses dan penala yang berkebolehan membezakan sistem dipasang kedai aksesori ‘cash n carry’ dan kedai yang lebih memfokuskan kepada kualiti pemasangan dan penalaan.

Jika pembinaan SPL mengharapkan dentuman bass yang boleh diperolehi dengan memotong frekuensi dengan pemasangan pre-amp, sistem SQ lebih rumit. Menggunakan seunit equalizer sahaja tidak cukup kerana corak pemasangan awal itu sendiri. Apa yang lebih penting ialah pemain berkualiti dengan multi pre-out dan kebolehan tambahan seperti jajaran masa, kawalan woofer dan juga sensor CD berkelajuan tinggi.

Ciri-ciri ini dimiliki Alpine IVA-W520E, pemain 2-din DVD dengan monitor bina-dalam. Fungsi penalaan bunyi dilaras sepenuhnya oleh pemproses Audison Bit Ten. Ini bukanlah alat yang anda boleh cari di semua kedai aksesori. Ia dicari oleh mereka yang mahu membina sistem 3-way dengan keluaran hasil bunyi yang optimum.

Audison Bit Ten adalah antara pemproses yang membolehkan installer memilih mod ‘clipping’ pemasangan secara custom. Kepada pengguna pula, unit kawalan ‘handheld’ yang disambungkan pada pemproses ini memudahkan penalaan dibuat dari dalam kokpit bergantung kepada lokasi pemasangannya. Lebih menarik lagi, Bit Ten yang menggantikan Bit One itu direka dengan lebih kecil dan mudah untuk diintegrasikan walaupun bersama pemain OEM. Audison menyedari kehendak teknologi moden yang mana hari ini banyak kenderaan dihasilkan dengan pemain jenis bina-dalam dengan kualiti pemproses memuaskan.

Keluaran dari Bit Ten ini disambungkan pada 3 output utama. Dua keluaran utamanya membabitkan frekuensi tinggi yang menyalurkan isyarat kepada pembekal kuasa, amplifier 4 channel Flux FA4.100. Amplifier ini adalah rangkaian Flux yang cukup konsisten bekalan kuasanya, asalkan anda menggunakan kabel RCA yang betul. Kabel speaker berkualiti juga dipilih untuk menyambungkan amplifier ini kepada sistem speaker 3-way Flux BC361. Dengar nama speaker sahaja buatkan hati saya tak keruan meminta pemiliknya supaya mendemokan muzik kepada saya.

Bunyi akustik yang terhasil dari tema ketiga-tiga gabungan mid 6”, mid 4” dan tweeter di bahagian permukaan hadapan Harrier ini amat jelas. Sebenarnya kejelasan bunyi boleh dihasilkan oleh speaker biasa namun bila anda melihat pada kombinasi jenis 3-way yang dibuat untuk pasaran premium, kejelasannya tidak nyaring. Bunyinya berada pada frekuensi tengah walaupun volum dilaras kuat dan semakin kuat. Bila bass mula mengisi kekosongan frekuensi rendah, kombinasi tersebut menghasilkan muzik yang ‘warm’ dan tidak berbayang. Sesuatu yang memang dikehendaki oleh penala dan pendengar.

Sistem bass SUV ini berbeza dengan apa yang lazim dibuat oleh SQ atau SQL di mana woofer diletakkan di bahagian letak kaki penumpang depan. Woofer 10” Pegasus PG-25P4 dipasangkan dalam kotak bazooka khas yang dibina mengikut kesesuaian posisi ‘legroom’ tersebut. Ia mengambilkira ruang dan juga efisiensi bunyi yang terhasil dari isyarat sebelah kiri. Seperti yang saya katakan tadi, sistem begini bergantung kepada kepakaran penalanya untuk ‘menarik’ bunyi bass tadi supaya berada pada ‘staging’ tengah. Woofer ini mendapat bekalan kuasa yang secukupnya dari amplifier 2 channel Flux FA2.150.

Koordinasi peralatan dan penalaan yang betul mampu menghasilkan akustik akhir yang sempurna. Tapi seperti yang saya katakan tadi, pembinaan seperti Harrier ini tidak datang dengan harga yang murah. Membina sistem begini perlukan cetak biru yang betul sejak dari peringkat awal lagi. Jika salah pilih 1 kabel RCA sahaja bunyi pasti jadi sangat menghampakan. Tak percaya? Cubalah.

Previous Post

Mosconi Mark X

Next Post

Vios Caliber Mr Kang

Next Post

Vios Caliber Mr Kang

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved