Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Almera Horizon, In the Wondersound

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Minat terhadap dunia audio nyata telah menyatukan pelbagai bangsa, etnik, gender, kaum dan batasan usia. Pengaruh dari segi geografinya juga memberi kesan yang ketara. Setiap tahun, ramai peminat audio dari Singapura dan Thailand datang ke Malaysia untuk menyertai pertandingan audio yang dianjurkan oleh EMMA dan MACE misalnya. Acara yang melibatkan pameran dan demo juga menyaksikan ramai peminat audio tempatan berkelana ke negara jiran untuk mempamer, melihat dan berkongsi idea.

Saya tak sangka pula boleh jumpa dengan karakter gadis Melayu bertudung dengan sistem audio pada sebuah sedan penumpang baru? Ia bukanlah aneh tetapi jarang berlaku di kalangan peminat audio tempatan yang rata-ratanya didominasi oleh kaum lelaki. Kaki audio yang serius pula akan menggunakan kereta yang lebih murah untuk dikorbankan. Kerat sana sini, cat, fiber dan kepingan kayu dikustomkan pada banyak tempat. Ini sebuah kereta yang hampir baru, Nissan Almera.

Kereta ini dibina dengan cara yang kemas dan teliti. Kalau anda biasa dengan kereta autoshow dan audio, kadangkala ianya lebih kepada gaya. Kurang woofer yang cukup tapi kuasa bunyinya entah di mana. Nampak macam kuat tapi baru separuh volume dibuka bunyi pecah macam radio transistor. Dah tau macam itu pun dipulas lagi volume sebab tak mahu kalah katanya! Hahahahaha…

Sistem audio kereta ini bermula dengan pemain Pioneer-DEH-3350UB. Kalau anda mencari pemain futuristik yang dipenuhi pelbagai ciri, lupakan entry model ini. Ia pemain basic yang perlukan sistem sekunder untuk memproses bunyi nyata. Pendek kata, pemain ini menjadi medium pemprosesan utama yang paling asas. Ia kemudiannya disambungkan dengan dua unit pelaras sekunder pre-amp Horizon HR-7QS dan Horizon HR-4QS.
Unit equalizer 7 band HR-7QS tadi bertugas membahagikan gelombang sederhana dan tinggi menerusi dua unit amplifier iaitu amplifier 2 channel Horizon HR-100.2 dan amplifier 2 channel HR-600.2. Kedua-dua amplifier ini kemudiannya menguasakan dua unit horn tweeter HR-25HT dan enam unit mid bass 6” Horizon HR6.5P.

Kesemua peralatan ini dipasangkan di dalam but belakang Almera. Saya juga tak biasa sangat dengan kereta ini tapi apa yang memang selalu disebut-sebut ialah ruang butnya memang besar. Ia membolehkan VIN accesories melakukan yang terbaik. Perumah speaker diperbuat dari bahan gentian kaca dan bukan sahaja ianya cukup luas untuk menempatkan empat unit woofer 12” bertingkat malah semua mid bass dan tweeter yang diceritakan tadi.

Equalizer 4 saluran HR-4QS tadi bertugas sebagai pelaras frekuensi sebelum disambungkan dengan seunit amplifier monoblock Horizon HR-6800. Empat unit woofer yang kelihatan itu datangnya dari model Horizon HR-12PA.

Pemasangan yang dibuat agak ringkas dan terus kepada matlamatnya. Penggunaan bahan gentian kaca menjadi medium utama dan skema pemasangan oleh VIN accesories lazimnya menyembunyikan amplifier di belakang kerusi penumpang. Berbeza dengan sistem SQL yang mengutip markah dari segi pemasangan yang kompleks dan unik, sistem yang dibuat pada kereta ini lebih kepada hobi dan santai.

Hampir setiap bulan ada acara pertandingan atau pameran autoshow yang dijalankan di sekitar Johor. Terkenal dengan budaya unit ubahsuai kereta Autoshow, Johor telah melahirkan banyak tuner, pembuat bodykit, pereka audio dan jaguh dalam motorsport. Dan yang terkini dah tentulah pasukan bolasepak kebanggaan mereka JDT kan?

Ayuh. Luaskan Kuasamu!

Previous Post

Vios Caliber Mr Kang

Next Post

Beyond Maximus Power

Next Post

Beyond Maximus Power

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved