Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Beyond Maximus Power

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Jika anda mahu membina sebuah sistem bunyi SPL yang serius, pastinya perlukan sebuah kenderaan yang besar untuk menempatkan jumlah woofer yang banyak. Ada sesetengah installer memilih van komersil seperti Nissan Vanette atau Toyota Liteace sebagai kenderaan demo, tapi van komersil begini walaupun mempunyai ruang dalaman yang besar, nampak tak menarik untuk dipamerkan dalam pertandingan. Ada juga installer yang memilih trak pikap seperti Ford Ranger tetapi ternyata kenderaan macam ni agak susah dibawa ke sana-sini memandangkan ruang kargo belakangnya tak bertutup.

Untuk sebuah syarikat yang pentingkan imej dan juga kualiti bunyi dari sistem audio yang dipasarkan, mereka perlu berhati-hati memilih kenderaan demo. Jadi, apa kata kita pilih sebuah SUV sebagai kenderaan demo? Ruang kargonya luas, rupa luarannya menarik dan memandangkan ia mempunyai cesi yang tinggi, ia pasti menarik perhatian orang ramai terhadapnya.

Pengedar aksesori audio jenama NT Power memilih Ssangyong Rexton sebagai kenderaan demo yang sememangnya berbeza dari kenderaan demo yang digunakan oleh orang lain. Dengan konsep SPL atau sound pressure level, cesi Rexton ni sememangnya dilahirkan bagi tujuan ini. Sistem untuk Rexton ini bermula dengan pemain utama Pioneer DEH-X6500BT yang didatangkan dengan teknologi Mixtrax. Teknologi Mixtrax yang diperkenalkan oleh Pioneer ni ialah sejenis perisian binadalam yang boleh memainkan lagu tanpa henti seperti apa yang boleh dilakukan oleh DJ di kelab malam.

Pemain utama ini kemudiannya disalurkan kepada dua unit pre-amp NT Power yang memisahkan frekuensi bunyi kepada dua saluran yang berbeza. Pre-amp pertama, iaitu dari model NT-P777 digunakan bagi menala bunyi frekuensi tinggi dan sederhana untuk mid bass dan tweeter. Tapi sebelum frekuensi berkenaan disalurkan kepada speaker, installer terlebih dulu memasang tiga unit amplifier 4 saluran yang bakal digunakan bagi menghentam speaker dan tweeter yang kesemuanya dipasang di bahagian belakang kenderaan.

Speaker-speaker yang digunakan ialah speaker NT Power 6” sebanyak 10 unit yang masing-masing diletak di dalam perumah custom. Kuasa dari amplifier dibahagikan seperti ini – seunit amplifier 4 saluran untuk 6 unit speaker termasuk tweeter dan seunit lagi amplifier untuk 4 unit speaker. Amplifier yang ketiga pula digunakan bagi memacu 4 unit horn tweeter NT Power yang juga mempunyai perumahnya yang tersendiri.

Bagi menghasilkan bunyi dengan dB semaksima yang mungkin, Rexton ini menggunakan 4 unit woofer 12” NT Power yang memenuhi seluruh ruang belakang Rexton bersama-sama speaker lain. Untuk memberi kuasa kepada semua woofer ini, installer sistem menggunakan pre-amp yang dikhususkan bagi mengawal bunyi bass. Pre-amp yang digunakan ialah dari model NT Power NT-P5 yang menyalurkan semata-mata frekuensi bunyi rendah.

Pre-amp tu disalurkan kepada dua unit amplifier jenis monoblock yang masing-masing menyalurkan kuasa kepada dua unit woofer yang disebutkan awal-awal tadi. Kombinasi dari kesemua aksesori audio berkenaan mampu menghasilkan bunyi bass yang dalam, diimbangkan dengan kejelasan bunyi vokal dihasilkan oleh kombinasi speaker 6” dan tweeter.

Bagi melengkapkan persembahan audio dari kenderaan ni, installer tak lupa juga memasangkan pemain DVD bagi main semula video digital. Di tempat yang sepatutnya pemain audio utama OEM Rexton ini berada ialah seunit pemain Dvd 2-din buatan Carspec dipasang. Dengan keupayaan main semula video, installer projek Rexton ni turut memasang seunit monitor LCD buatan Toshiba di belakang kenderaan yang semestinya berada di situ untuk tujuan demonstrasi.

Ssangyong Rexton ni dari segi kosmetiknya langsung tak diubahsuai, tetapi bagi saya memang tak payah pun sebab orang ramai pasti akan pergi rapat ke kereta ni sebab dalam dunia audio tanahair, tak ramai pun yang berani menggunakan SUV sebagai kereta demo mereka.

Satu lagi keuntungan menggunakan SUV macam ni ialah penumpang masih boleh menggunakan tempat duduk belakang untuk ke sana ke mari walaupun ruang kargonya dah tak boleh muat satu barang pun. Tak lupa, dengan kedudukan tayar simpanannya yang berada di luar tempat kargo, pemilik tak perlu meninggalkan tayar simpanan kat rumah walaupun ruang kargo dah penuh dengan woofer. Praktikal juga, bukan?

Previous Post

Almera Horizon, In the Wondersound

Next Post

Ground Zero

Next Post

Ground Zero

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved