Ditubuhkan sejak tahun 1995 oleh Karl Felix Lautner yang mengedarkan produk audio kereta buatan Amerika Syarikat dan memperkenalkan revolusi subwoofer dari GZ Engineering USA kepada pasaran Eropah sekitar tahun 1997. Selepas beberapa tahun, sebuah syarikat Jerman telah mengambil alih hak jenama trademark Ground Zero di Eropah dan mula membangunkan produk yang mengkhusus mengikut kehendak pasaran.
Pada tahun 2003, Ground Zero telah mengambil alih sepenuhnya hak penjenamaan dan meluaskan pengedaran produk keluarannya ke seluruh dunia. Hari ini, lebih 300 produk audio yang canggih telah dibina sendiri oleh barisan jurutera Ground Zero dan boleh didapati di lebih 60 buah negara. Antara produk keluaran Ground Zero yang boleh didapati di pasaran hari ini adalah siri DSP yang terdiri dari pemproses isyarat digital GZDSP 4-8X, GZDSP 6-8X PRO dan amplifier DSP GZDSP 4.80AMP.
GZDSP 4-8X (DSP – pemproses isyarat digital)
Pemproses isyarat digital ini direka untuk meningkatkan kualiti bunyi kelengkapan audio dalam kereta berasaskan 28-bit DSP chipset dalam kombinasi dengan empat 24-bit AD dan eight separate DA converter. Ekoran fungsi universalnya yang menggabungkan sehingga 4 saluran aras tinggi dan 8x 10-band equalizing, GZDSP 4-8X ini sesuai disepadukan bersama kebanyakan sistem bunyi OEM yang ada di pasaran. Lebih menarik lagi, anda boleh mengawal dan menyelaras unit ini menerusi telefon pintar dengan mendapatkan aplikasi GROUND ZERO DSP-Control3 pada telefon pintar.
GZDSP 6-8X PRO (DSP – pemproses isyarat digital)
Pemproses isyarat digital ini direka untuk meningkatkan kualiti bunyi kelengkapan audio dalam kereta berasaskan 32-bit pemproses DSP dalam kombinasi dengan empat 24-bit AD dan DA converter. Ekoran fungsi universalnya yang menggabungkan 6 saluran aras tinggi dan 31-band equalizing pada setiap saluran (11-band pada saluran subwoofer), GZDSP 6-8X PRO ini sesuai disepadukan bersama kebanyakan sistem bunyi OEM dan juga OEM DSP.
GZDSP 4.80AMP (Amplifier)
Amplifier yang disepadukan bersama pemproses isyarat digital 8 saluran ini dilengkapi plug antara muka (interface) pilihan (muzik strim tanpa wayar). Mudah dikendalikan dengan satu antara muka grafik untuk pengguna (sesuai untuk Window), amplifier ini juga didatangkan dengan pelbagai perlindungan seperti suhu yang tinggi, litar pintas dan muatan litar yang berlebihan. Selain itu, terdapat dua jenis unit kawalan jauh disediakan; GZDSP Remote atau GZDSP Touch-Remote).
* Untuk maklumat lanjut, hubungi;
ASL Car Audio Sdn Bhd
15, Lorong Temenggung 17, Off Jalan Sg Jati,
41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 – 5166 9902
Emel :[email protected]
Laman Sesawang : www.aslcaraudio.com
atau hubungi;
Lee : 012 – 328 2582 (Lembah Klang / Sabah & Sarawak)
Darren Lai : 012 – 211 8870 (Lembah Klang)
Johnny Lim : 016 – 9866 695 (Pantai Timur)
Kenny Lau : 016 – 565 3563 (Utara)
Edwin : 014 – 661 1621 (Selatan)