Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

U Mobile Pelopori Navigasi GPS Waze Dalam Terowong Smart

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-08-17
in BULETIN, UTAMA
0

U Mobile Pelopori Navigasi GPS Waze Dalam Terowong Smart

U Mobile, syarikat telekomunikasi berpusatkan data yang memenangi pelbagai anugerah telah bekerjasama dengan Waze dan Terowong SMART (SMART Tunnel) untuk menyediakan ketersambungan GPS bagi pemandu yang melalui terowong dwifungsi yang terpanjang di dunia.

Pengguna Terowong SMART tidak lagi perlu bimbang jika tersesat jalan atau tersilap susur keluar di kawasan tersebut dengan adanya peranti mudah alih Waze Beacons yang dipacu Bluetooth®. Peranti ini menjamin ketersambungan yang lancar dan navigasi berterusan walaupun ketika penerimaan isyarat GPS yang lemah, menerusi penyebaran isyarat tanpa wayar yang menyokong aplikasi navigasi. Bagi menjamin navigasi yang berterusan di dalam terowong SMART, para pemandu hanya perlu mengaktifkan sambungan Bluetooth® pada peranti mereka. Setakat ini, hampir 240 Waze Beacons telah berjaya dipasangkan di sepanjang terowong 5.2km tersebut.

Sebagai pengguna yang kerap menggunakan Terowong SMART, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee berkongsi bahawa ciri baharu yang telah dipasangkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa akan memudahkan lagi pemanduan di dalam terowong.

“U Mobile berpegang teguh kepada pendirian untuk menyerlahkan potensi tanpa had teknologi yang terbaik untuk kes kegunaan 5G, perluasan rangkaian 4G, mahupun inovasi perkhidmatan. Kerjasama terbaharu dengan pihak Waze dan Terowong SMART akan menjadikan U Mobile sebagai syarikat telekomonunikasi pertama di dunia menyokong navigasi GPS yang berterusan di dalam terowong. Berbekalkan teknologi Waze Beacons, semua pengguna peranti mudah alih, tanpa mengira penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang dilanggani mereka, kini mampu memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri Waze secara berterusan sepanjang berada di dalam terowong SMART.”

“Waze bukan sekadar memberikan panduan navigasi kepada pemandu tetapi juga membantu di dalam menyelesaikan cabaran pengangkutan serta berganding bahu di dalam meningkatkan kualiti perjalanan di atas jalan raya. Dengan 30,000 pemandu menggunakan Terowong SMART setiap hari, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan U Mobile dan SMART bagi meringankan kesesakan lalu lintas, serta mengurangkan kekeliruan yang diakibatkan oleh kehilangan isyarat GPS,” kata Pengurus Negara Waze, Kelvin Sim.

Jurutera Waze serta Pengurus Global program Waze Beacons, Gil Disatnik juga berkata, “Kami teruja untuk membawa program Waze Beacons kepada Terowong SMART, iaitu terowong dua tingkat pertama di dunia yang dipasangkan dengan Waze Beacons untuk memberikan navigasi yang sempurna kepada pemandu di Malaysia . Keselamatan dalam terowong merupakan topik yang cukup penting. Dengan darjah penglihatan serta aliran lalu lintas yang lebih baik ketika masuk dan keluar terowong, kami dapat memastikan keadaan jalan raya yang lebih selamat bagi semua. Kami berharap untuk mengembangkan program Waze Beacons ke kawasan-kawasan lain di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara.”

“Pemasangan Waze Beacons dalam Terowong SMART akan menjadikan pengalaman perjalanan pengguna kami lebih lancar dan mudah. Ianya akan berkongsi maklumat dalam masa sebenar akan situasi keadaan lalu lintas serta saranan navigasi. Menerusi ciri baharu ini, para pengguna juga akan menerima notifikasi berkaitan kesesakan lalu lintas, penutupan jalan serta kemalangan yang berlaku dalam terowong dan kawasan di sekitarnya, lalu. Ianya akan mempertingkatkan lagi keselamatan pengguna kami,” kata Ketua Pegawai Operasi SMART, Mohd Noor Mohd Ali.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, para pengguna Waze di dalam Terowong SMART akan diingatkan untuk mengaktifkan Bluetooth bagi menikmati navigasi GPS secara berterusan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.u.com.my

Pelanggan U Mobile yang melanggan pelan Unlimited Mobile Internet (UMI), U28, P38 dan P48 dapat menikmati data percuma untuk Waze, manakala mereka yang melanggan pelan data tanpa had seperti GX30, GX38, GX50, GX68, P79, P99 dan P139 dapat menikmati Waze tanpa perlu bimbang akan kehabisan data.

Previous Post

Hatsune Miku & K-Pop Power

Next Post

IONIQ Jenama EV dari Hyundai, Kenderaan Masa Depan!

Next Post

IONIQ Jenama EV dari Hyundai, Kenderaan Masa Depan!

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved