Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

IONIQ Jenama EV dari Hyundai, Kenderaan Masa Depan!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-08-18
in BULETIN, UTAMA
0

IONIQ Jenama EV dari Hyundai, Kenderaan Masa Depan!

Trend sekarang ialah pengeluar kenderaan mempunyai jenama atau sub jenama khusus untuk siri kenderaan elektrik. Daimler dan Geely memiliki smart, BMW mempunyai i, Mercedes dengan EQ, Volkswagen melalui I.D. manakala Geometry di bawah Geely. Terbaru Hyundai Motor Company mengumumkan pelancaran IONIQ sebagai jenama khusus untuk siri kenderaan elektrik bateri (BEV) yang menunjukkan haluan dan kepercayaan untuk segmen ini di masa depan.

Di bawah jenama IONIQ, Hyundai akan menawarkan pengalaman EV dengan fokus pada gaya hidup terhubung dan selari mengikut visi syarikat iaitu Progress for Humanity. Dari situ boleh dilihat EV bukan setakat pengangkutan tetapi merupakan sebahagian dari kehidupan manusia. Dua perkara utama ialah EV dan terhubung (connected).

Pewujudan jenama IONIQ merupakan respon kepada perkembangan permintaan pasaran yang semakin berkembang dan mempercepatkan rancangan Hyundai untuk meneraju pasaran EV global. Mengikut perancangan, ada tiga model IONIQ khusus dalam tempoh empat tahun akan datang dan disusuli beberapa model.

Hyundai sudah mempunyai keupayaan seperti pengecasan ultra-cepat dan pembekalan tenaga bateri yang akan digabungkan dengan inovasi masa depan. Hyundai pertama kali memperkenalkan terma IONIQ iaitu gabungan ion dan unique semasa pengumuman Project IONIQ yang merupakan projek penyelidikan dan pembangunan dengan fokus terhadap mobiliti mesra alam.

Berdasarkan projek itu Hyundai memperkenalkan IONIQ pada 2016, sebuah model pertama dan satu-satunya di dunia dengan tiga pilihan rangkaian elektrifikasi iaitu hibrid elektrik, hibrid plug-in dan elektrik bateri dalam jenis badan tunggal.

IONIQ 5, IONIQ 6, IONIQ 7
Perancangan Hyundai ialah melancarkan kenderaan dengan nombor genap untuk kereta sedan dan nombor ganjil bagi SUV. Model pertama ialah IONIQ 5, sebuah CUV (crossover utility vehicle) saiz sederhana pada awal 2021. Model ini diasaskan dari konsep EV 45 yang dipertontonkan di Jerman pada 2019.

Pada 2022, sedan IONIQ 6 bakal menyusul dengan bayangan ditunjukkan pada Prophecy yang pertama kali dipertontonkan pada Mac 2020. Giliran SUV saiz besar IONIQ 7 pula pada awal 2024.

Kenderaan IONIQ akan dibina menggunakan platform Electric Global Modular Platform (E-GMP) dan membolehkan penawaran fungsi pengecasan cepat dan jarak pemanduan jauh.

Hyundai Motor Group mensasarkan jualan kumpulan sebanyak 1 juta unit kenderaan elektrik bateri dan sepuluh peratus pegangan pasaran untuk menjadi peneraju dalam bidang EV global menjelang tahun 2025.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

U Mobile Pelopori Navigasi GPS Waze Dalam Terowong Smart

Next Post

Projek Mini Chop-Top & Audio Tip Top

Next Post

Projek Mini Chop-Top & Audio Tip Top

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved