Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Projek Mini Chop-Top & Audio Tip Top

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-08-18
in SHOW OFF, UTAMA
0

Projek Mini Chop-Top & Audio Tip Top

Foto Mini ini telah diserahkan pada saya sejak minggu lepas lagi tapi dek kerana beban kerja yang semakin menimbun, saya terlupa menyiapkan artikelnya. Tak terkira dah berapa kali bos tanya bila boleh siap artikel RDS ini. Saya dari jenis yang tak suka mengarang dalam keadaan tergesa-gesa. Sekarang pun, pada ketika jam menunjukkan jarum ke angka 4 pagi, saya masih bekerja. Sorry boss!

Baiklah. Kereta ini berasal dari negeri kelahiran Hang Tuah. Bagaimana kereta ini boleh kami temui? Asalnya, sekeping foto dikirimkan oleh seorang peminat yang begitu beriya-iya mempelawa kami ke Melaka untuk melihat keajaiban projek ‘chop-top’ ini. Oklah, pada mulanya saya tak tertarik langsung pun. Tapi selepas melihat sendiri foto-foto yang diemelkan, saya berjaya memujuk bos agar membawa bahan ini pulang. Lebih cepat lebih bagus!

Kereta ini pada asalnya adalah sebuah besi buruk yang hampir tidak boleh bergerak ketika ditemui oleh pemiliknya. Dari membiarkannya dimamah karat dan dibasahi hujan, pemiliknya mengambil keputusan untuk membangunkan sistem yang unik pada sebuah kereta kecil yang mustahil untuk dimuatkan 2 unit woofer 12”.

Satu sahaja yang boleh saya katakan tentang kereta ini. Ia unik. Unik bukan sahaja kerana konsep pemotongan bumbungnya yang kreatif, tetapi pemasangan sistem audio, idea untuk mengolah Mini menjadi ‘convertible’ jenis manual dan pemasangan enjin 660cc dari Kancil, nyata memang terbaik.

Sistem kereta ini dimulakan dengan pemain CD Pioneer AVH P3150D. Isyarat daripada pemain ini dipecahkan kepada 3 gugusan sistem yang berbeza dan 2 pre-amp. Laluan pertama diketuai pre-amp 5 band Mohawk MKQ-5S, bertugas untuk barisan woofer, laluan kedua pula untuk frekuensi tinggi bersama mid bass iaitu pre-amp Rockford MK200 dan satu lagi laluan khusus untuk mid bass sahaja (tanpa pre-amp). Pelarasannya dibuat terus dari pemain Pioneer tadi. Asasnya, ia adalah sistem yang lazim digunakan pada banyak projek ICE SPL.

Pemasangan woofer dibuat dengan rekaan sebuah kekotak khas yang dianjak ke bahagian belakang kereta. Ia dipasang pada perumah khas yang boleh didiri dan dibaringkan secara manual. 4 unit woofer berukuran 12” RDS ini mendapat kuasa daripada amplifier monoblock Audio Quart AQ-HC30D monoblock kelas D. Untuk mengemaskannya, amplifier monoblock ini dipasangkan di bahagian lantai tempat duduk belakang dan ditutup dengan arkilik rekaan custom.

Konfigurasi mid bass dipecahkan kepada dua laluan utama dengan penggunaan 4 speaker mid bass Q Mobile berukuran 6” dan 2 unit horn tweeter juga dari Q Mobile. Setiap satu daripada gugusan speaker ini dipandu oleh amplifier Alpine 4 channel dan untuk tidak mengelirukan pemasangan, kesemuanya ditempatkan di bahagian yang sama di mana woofer dipasangkan. Kelompok yang boleh ditegak atau dibaringkan ini mungkin nampak kreatif tetapi pemasangannya adalah mimpi ngeri kerana wayar yang berselirat dibawahnya perlu dipasang dengan sangat kemas. Silap haribulan, kereta boleh jadi unggun api!

Di bahagian but kereta ini ialah 4 unit mid bass Q Mobile lagi. Bezanya, ia dipasangkan pada perumah buatan gentian kaca yang mana kalau diukur betul-betul, nampak sendat sangat. Al-maklumlah, apalah sangat saiz but Mini ini. Tapi di sinilah daya kreatif diperlukan installer untuk menyesuaikannya supaya pada hasil akhir nanti speaker ini tidak hanya menjadi hiasan. Rangkaian mid ini dikuasakan seunit amplifier 2 channel RDS 500.2.

Susunan sistem audio kereta ini terus kepada poinnya. Pendek kata, biasa sangatlah. Laluan yang dibuat tidak ada yang luarbiasa tapi pemasangan dari titik mulanya memang mencabar. Membuat kereta begini, bukan sekadar bina dan pasang, ia harus bermula dari lakaran sekeping kertas kosong, pelan yang betul dan pengukuran yang tepat supaya semuanya dapat dimasukkan. Kalau tidak dirancang betul-betul, rasanya projek boleh terkubur separuh jalan.

Saya boleh katakan, ia sebuah projek yang berani. Anda rasa senang memotong separuh badan atas kereta ni? Secara teorinya mudah sebab kereta ini kecil, tetapi cubalah buat. Memang tak berbaloi jika harap projek boleh siap sebulan dua. Khabarnya, kereta ini memang memeningkan pemiliknya untuk disiapkan. Mungkin itu juga sebabnya bila saya tanyakan jika pemiliknya boleh membuat projek yang sama jika saya mahukan perkhidmatannya. Tahu jawapannya? Sampai hari ni pun tak dijawabnya.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 25

Previous Post

IONIQ Jenama EV dari Hyundai, Kenderaan Masa Depan!

Next Post

Ninebot GoKart Pro Edisi Lamborghini

Next Post

Ninebot GoKart Pro Edisi Lamborghini

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved