Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Triton Sound Drift

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kedah International PickUp Carnival 2018 anjuran Forward Kedah dengan kerjasama Kelab Permotoran Dark Smoke dan Kerajaan Negeri Kedah yang berlangsung pada 31 Ogos dan 1 September tahun lalu berjaya menghimpunkan para pemilik pikap dari seluruh Malaysia dan juga negara jiran seperti Thailand. Pelbagai pikap yang dimodifikasi cukup unik telah berjaya menjadi tumpuan dan menarik perhatian para pengunjung. Peluang ini digunakan wakil kami yang turun padang untuk membuat liputan, bertemu pemilik pikap antara yang paling menyerlah sepanjang acara berlangsung.

Kalau bukan kerana pelekat bendera Malaysia yang tersemat pada dinding Triton ini, pasti ramai yang menyangka ia satu lagi pikap dengan hasil tangan para pemasang dari Thailand. Lazimnya, peminat tegar modifikasi Thailand yang gemar mengubahsuai pikap secara menyeluruh dan lengkap dengan sistem audio yang mantap. Justeru, penganjuran karnival ini secara tidak langsung menyediakan platform yang mempamerkan kehebatan dan kecemerlangan modifikasi pada pikap masing-masing seperti dilakukan oleh pemilik Triton ini, saudara Muhd Rizzuan Bakar yang berasal dari Kedah.

Pemuda berusia 32 tahun yang lebih mesra dengan panggilan Iwan ini merupakan pemilik dan pengusaha kedai aksesori Sounddrift & Wiring yang beroperasi di Sungai Petani dan Changlun. Bukan sahaja dimiliki bumiputera, malah kedai ini turut menggunakan kemahiran tenaga kerja bumiputera dalam melakukan kerja-kerja modifikasi dan hasilnya dapat dilihat menerusi Triton milik Iwan ini. Menurut Iwan, pikap ini asalnya dari Thailand dan ketika dibeli memang tiada sebarang modifikasi dilakukan. Apa yang dilihat hari ini adalah seratus peratus dibuat secara kustom sendiri.

Kehebatan sebenar pikap Triton yang telah dimodifikasi ini tidak dapat dikongsikan dengan jelas menerusi gambar-gambar pegun. Kalau ingin tahu prestasinya yang sebenar, anda boleh lihat di akaun Facebook Sounddrift. Bagi saya sendiri, bahagian yang paling digemari tentunya binaan perumah yang cukup menarik sekali gus mengubah penampilan pikap yang selalunya kelihatan bosan tampil ceria dengan rona warna terang dan berani. Kata Iwan lagi, beliau mengambil masa sebulan untuk menyiapkan dan melengkapkan Trition ini secara keseluruhannya. Wah. Itu sudah cukup bagus, bukan?

Sistem audio ini turut merangkumi bahagian dalam dan bukan sekadar bahagian kargo (ruang letak barang) semata-mata. Dimulakan dengan pemain dari JVC, sistem audio ini dilengkapi sebanyak 14 unit mid bass 6“ King Audio, 14 unit horn tweeter King Audio, 2 unit mid 8” dan 4 unit woofer 12” King Audio. Manakala kesemua unit speaker ini dikuasakan 2 unit amplifier 4 channel dan 2 unit amplifier monoblock serta dipasangkan bersama aksesori audio tambahan iaitu 2 unit pre-amp. Barisan speaker ini pula dibahagikan kepada dua 3 bahagian; kabin pemandu, belakang dan kargo. Bagi memastikan bekalan kuasa cukup untuk memacu sistem audio, Iwan telah menggunakan 3 unit bateri N70 serta kapasitor 6.0.

Sebagaimana yang saya sebut di awal tadi, anda tidak dapat tahu kemampuan dan kehebatan sebenar sistem audio Triton ini selagi tidak menyaksikannya sendiri. Para pengikut dunia audio di bahagian utara, pasti sudah pernah bertemu Triton ini dan tahu kemampuannya seperti yang saya perkatakan. Mungkin anda yang sudah maklum tentang Triton ini kagum dengan sistem audionya, tetapi saya pula masih tidak puas melihat ia dipersembahkan dengan susunan yang kemas, teratur dan menarik. Cahaya dari lampu LED yang dihidupkan secara automatik seakan menari-nari dan amat mengasyikkan!

Previous Post

Gathering Car Club & Komuniti Utara 2019

Next Post

Pasir Salak Drag Day 2018

Next Post

Pasir Salak Drag Day 2018

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved