Generasi terbaharu Honda HR-V telah pun dilancarkan di Indonesia dengan enjin turbo. Empat varian HR-V tiba di pasaran Indonesia yang dimulakan dengan HR-V 1.5L S CVT standard termasuk 1.5L E CVT dan 1.5L SE CVT kesemuanya dikuasakan dengan engin 1.5-liter naturally aspirated dengan 119 hp (121 PS) dan tork 107 lb-ft (145 Nm) yang disepadankan dengan transmisi pelbagai.
Mendahului barisan ini adalah HR-V RS yang menampilkan enjin turbo seperti disebut tadi; 1.5-liter turbocharged 4-silinder yang menghasilkan 175 hp (177 PS) dan tork 177 lb-ft (240 Nm). Namun begitu, masih belum jelas jenis transmisi yang dipadankan dengan enjin ini tetapi beberapa elemen gaya yang unik yang mengagumkan dari HR-V RS.
Misalnya, HR-V RS ini didatangkan dengan grille hadapan krom gelap yang unik dan bampar hadapan yang telah dikemaskini. Honda juga melengkapi model ini dengan rim yang unik dan tailpipe di bahagian belakang. Grafik taillight juga digelapkan dan terdapat beberapa ‘lencana’ RS.
Generasi ketiga HR-V dijual di Indonesia ini dilengkapi dengan banyak ciri keselamatan. Antaranya seperti Collision Mitigation Braking System, Lane Keeping Assist System, Road Departure Mitigation System, Adaptive Cruise Control dengan Low Speed Follow, Auto-High Beam, dan sistem Lead Car Departure Notification.
Honda HR-V ini diperkenalkan di pasaran Indonesia pada waktu yang tepat di mana segmen SUV medium mula berkembang dan kebanyakannya dipandu oleh generasi muda yang mahukan model SUV kompak serta bergaya.
Sumber : Carscoops