Mercedes-Benz menyambut ulang tahun ke-55 AMG dengan mengeluarkan edisi khas salah satu kenderaan keluarannya yang mempunyai prestasi paling stabil, G 63. Edition 55 ini merupakan gambaran kepada 55 tahun AMG dalam memasarkan perkara yang perlahan dengan lebih laju serta menyaksikan super saloon dan kereta sport terhebat di dunia dan juga beberapa buah SUV.
Hanya dua eksterior yang ditawarkan; obsidian black metallic atau G manufaktur opaline white bright. Kedua-dua warna ini bukanlah warna yang menyeronokkan untuk model edisi khas tetapi ia lebih kepada memberi perhatian terhadap pakej yang dibawakan oleh AMG Night Packages I dan II. Beberapa ciri yang ada termasuk high-gloss black trim pada grille, lampu isyarat, lampu utama dan juga lampu belakang. Penutup tempat minyak dengan lambang AMG dan rim 22-inci.
Bahagian dalam pula, Edition 55 ini dimeriahkan dengan sentuhan berwarna merah. Tempat duduk kulit Nappa dengan dua ton warna hitam dan merah, segera menangkap perhatian mata yang memandang. Bukan itu sahaja, trim pintu besi dengan perkataan berwarna merah, alas kaki warna hitam dengan perkataan “Edition 55” berwarna merah serta stereng yang dibaluti fiber mikro dan beberapa lagi kemasan karbon.
Perubahan hanya pada bahagian kosmetik kerana di bahagian enjinnya, ia masih lagi dikuasakan oleh enjin V8, twin-turbo 4.0-liter yang menghasilkan 577 hp dan tork 627 lb-ft. Ia kemudiannya diagihkan 40/60 ke bahagian tayar depan/belakang (AWD).
Hanya 55 unit G 63 tiba di Amerika Syarikat. Manakala untuk pasaran Eropah, pakej Edition 55 ditambah sebanyak $19,719 (RM83,028.23) kepada harga kos G 63. Di Amerika Syarikat, harga G 63 bermula dari $156,450 (RM658,753.12). Bagaimanapun, Mercedes-Benz masih belum lagi mendedahkan harga rasmi tetapi dijangka bakal diumumkan tidak lama lagi.
Sumber : Carscoops