Dibina di Maserati Innovation Lab di Modena, SUV terbaharu ini dikeluarkan di kilang Cassino. Dikeluarkan dalam pelbagai pilihan enjin; pembakaran dalaman konvensional, hybird dan dalam masa setahun, Grecale juga bakal menerima SUV elektrik penuh pertama dalam sejarah Maserati.
Pada majlis pelancarannya, sebanyak tiga varian telah dikeluarkan iaitu GT yang dikuaskan oleh enjin hybrid 4-silinder yang mampu menghasilkan 300 hp. Diikuti Modena dengan enjin hybrid 4-silinder serta yang paling berkuasa, Trofeo yang dilengkapi V6 3.0L 530-hp pada enjin Nettuno yang dimuatkan pada MC20.
Semasa majlis pelancaran tersebut, Grecale turut ditawarkan dalam PrimaSerie Launch Edition, edisi terhad yang menampilkan ciri-ciri eksklusif. Bagi melengkapi barisan ini ialah Grecale Folgore, versi 100% elektrik dengan teknologi 400V.
SUV terbaharu ini sangat menonjol khususnya dari sudut keselesaan dan keluasan yang meningkatkan lagi set yang mempersona dan terbaik dalam kelasnya. Ini dapat dilihat menerusi ruang interior, keupayaan pemanduannya, pengendalian dan pemecutan (0-100 km/j dalam 3.8 saat – pada Trofeo), kelajuan tertinggi (285 km/j – juga pada Trofeo), kualiti bunyi dan penggunaan material terbaik seperti kayu, fiber karbon dan juga kulit.
Faktor utama terletak pada dimensinya; versi GT, Grecale berukuran 4,846 mm panjang dengan wheelbase 2,901 mm, tinggi 1,670 mm, lebar 2,163 mm (termasuk cermin sisi), dengan trek roda 1,948 mm (lebih besar daripada Trofeo). Rekaan Grecale ini menyentuh simpol visual Maserati yang baharu, membezakan setiap model terbaharu sejak model MC20.
Bahagian hadapannya menampilkan grille yang lebih rendah dan mengagumkan. Sudut profail atau sisinya tampil kontras di antara keaslian dan teknik, bentul visualnya dan komponen teknikal yang menggunakan fiber karbon. Di bahagian belakang, taillight boomerang diinspirasikan oleh Giugiaro 3200 GT dan dimuatkan dengan garis trapezoidal, menjadikan ia lebih menyerlah dengan kesan coupe di kabin seperti sebuah kereta sport. Bahagian dalam kabin pula, spesifikisai teknologi lebih menonjol berbanding tradisional Maserati. Buat pertama kalinya digital dan dikawal oleh suara.
Semuanya berfungsi menerusi sentuhan dengan kekemasan yang sangat estetik. Teknologi ini dikawal oleh pemapar seluas 12.3”, skrin tengah yang paling besar pernah menghuni kereta Maserati. Satu lagi pemapar 8.8” untuk kawalan ekstra dan yang ketiga untuk penumpang di tempat duduk belakang.
Lebih menyeronokkan, sistem audionya dikawal dari Maserati Intelligent Assistant (MIA) Multimedia system dan juga Maserati Connect. Sistem bunyi atau hiburan memberikan pengalaman yang menyeluruh dengan sistem tipikal Maserati, sistem bunyi 3D Sonus faber. Sistem Sonus faber ini didatangkan sebagai standard pada level Premium – terdiri daripada 14 speakers atau 21 speaker.
Setiap perjalanan diubah menjadi sebuah pengembaraan yang unik, gabungan keselesaan yang dinamik dan pengalaman pemanduan yang sukar dilupakan. Ianya hanya boleh terjadi dengan pengendalian yang disediakan oleh 100% sistem Vehicle Dynamic Control Module (VDCM) Maserati dan kawalan 360° untuk kereta ini. Pilihan lengkap untuk kawalan ini boleh diterjemahkan kepada beberapa mode pemaduan: COMFORT, GT, SPORT, CORSA (hanya untuk Trofeo) dan OFF-ROAD.