Pemilik Ford Ranger dan Ranger Raptor yang ingin mengetahui potensi sebenar trak gaya hidup dan prestasi mereka bersama-sama individu yang memiliki keinginan sama seharusnya menyertai Ford Ranger Getaway yang dijadualkan berlangsung pada hujung bulan ini.
Percutian yang diketengahkan ini merupakan sesi bimbingan sehari bersama jurulatih pemanduan meliputi laluan jalanraya dan off-road di sekitar Sepang untuk pemilik Ranger dan Raptor pada 26 Mac 2022.
Pelanggan boleh menikmati potongan 50 peratus untuk pengalaman latihan di Sepang ini. Setiap peserta boleh membawa teman secara percuma. Pelanggan digalakkan mendaftar dengan segera untuk mendapatkan pengalaman unggul ini kerana hanya penyertaan terhad ditawarkan.
“Dikenali kerana keutuhan, keupayaan kejuruteraan, teknologi pintar dan ciri-ciri kemewahan kabin kenderaan penumpang, para pelanggan justeru itu memilih Ranger bukan sahaja untuk kerja malahan untuk bersantai dan keperluan keluarga. Melalui program pengalaman Ford Ranger Getaways kami ini, kami mahu menyediakan platform kepada para pemilik untuk membongkar potensi dan kebolehan sebenar Ranger mereka melalui rangkaian pengalaman tempatan yang dipilih khusus,” kata Turse Zuhair, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion- Ford.
“Ford Ranger Getaways bukan sahaja menawarkan pemilik Ranger dan Ranger Raptor pengalaman unik merasai pengalaman Live the Ranger Life, malahan kami turut membantu pelancongan tempatan yang sebelum ini terkesan dengan pandemik,” tambahnya lagi.
Pengalaman Latihan Yang Tiada Tandingan di Sepang
Pemilik Ford Ranger dan Ranger Raptor yang menyertai sesi latihan sehari pada 26 Mac ini bakal mempelajari tip dan teknik tentang kaedah duduk dan kendalian. Mereka juga merasai pengalaman praktikal autocross atas jalan bertar, kursus off-road 4×4 dan kursus Baja yang akan memperlihatkan kehebatan sebenar trak performance Ford untuk Ranger Raptor. Peserta juga akan dapat merasai pengalaman hot lap Baja bersama jurulatih.
Pemilik Ford Ranger akan melalui modul yang sama seperti Raptor kecuali kursus dirt cornering dan drifting mengggantikan kursus Baja dan hot lap bersama jurulatih.
Latihan untuk kedua-dua hari tersebut akan bermula jam 8.30 pagi di Litar Antarabangsa Sepang. Sijil penyertaan akan diserahkan kepada semua peserta di akhir latihan.
Jalani hidup sepenuhnya – Gaya Ranger
Ford Ranger Getaways merupakan tawaran terbaharu pengukuhan jenama “Live the Ranger Life” yang merangkumkan nilai dan persona Ranger yang telah berkembang daripada hanya sebagai kenderaan kerja kepada trak serba boleh dan premium yang memenuhi semua keperluan dan gaya hidup pilihan pemiliknya.
Terbuka kepada semua pelanggan Ranger dan Ranger Raptor, Ford Ranger Getaways merangkumi pelbagai kategori tarikan untuk semua lapisan mesyarakat yang mahukan pengembaraan pendek dalam negara, samada bersendirian, bersama teman-teman dan keluarga ataupun untuk mereka yang sekadar mahu berkumpul berkongsi minat.
Setiap percutian telah direka khusus untuk menonjolkan kepelbagaian gaya hidup Ford Ranger – keseronokan bersiar-siar di bandar atau mengembara lasak atau sekadar berjalan-jalan cari makan atau pun terbang merentas KLCC.
Untuk menempah pengalaman istimewa Sepang Ford Ranger Getaway pada 26 Mac, atau ingin tahu lebih lanjut tentang percutian menarik lain, sila layari sini.
Untuk maklumat lanjut tentang SDAC dan Ford, ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan saluran YouTube Ford Malaysia atau layari www.sdac-ford.com.my.