Dianjurkan dengan kerjasama antara Bambush Revamp Motorsport dan Kelab Permotoran JCMC telah berlangsungnya Meet Up Countdown We Run This Town pada 30 Disember lalu. Diadakan sempena tahun baharu, acara ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dipadatkan sepanjang acara berlangsung yang dimulakan dari pukul 5.00 petang dan berlarutan sehingga lewat 12.00 malam.
Diadakan di Pandan Uptown Johor Bahru, antara aktiviti yang disediakan pihak penganjur termasuk Autoshow dan juga Audio Lighting. Para peserta yang hadir dari kawasan berhampiran telah memeriahkan lagi suasana acara ini selain mengambil peluang ini mempamerkan kehebatan modifikasi kereta masing-masing.
Antara yang mencuri perhatian pastinya kereta dengan Split Fire yang menerangi ruang Uptown JB ini. Tahniah diucapkan kepada para penganjur dan seterusnya para peserta. Semoga lebih banyak acara serupa diadakan di masa akan datang dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik.