Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Neo Mohawk Classic

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-23
in SHOW OFF, UTAMA
0

Proton Satria Neo adalah sebuah kereta yang ikonik, menjadi kegilaan anak muda untuk memiliki sebuah hatchback sporty pada harga yang sangat berpatutan. Walaupun tidak begitu laris berbanding rangkaian keluarga Proton yang lain seperti Persona dan Saga, Neo nyata memenuhi kehendak sebahagian besar golongan remaja dan belia dalam segmen yang dahulunya juga dikuasai Proton menerusi model yang dikenali sebagai Satria. Hari ini, Satria model pertama menjadi ikon kebangsaan. Ia boleh dilihat di jalanraya, trek perlumbaan mahupun dalam becak saingan rali. Terbukti bahawa kereta ini memang versatil.

Kali ini kita melihat bagaimana sebuah Satria Neo yang sporty diubahsuai menjadi mobil audio bergerak. Bila melihat kereta ini pada pandangan pertama, saya tertarik dengan corak pengubahsuaiannya yang menampilkan imej sederhana dan tidak keterlaluan seperti kebanyakan kereta lain yang mahu tampil bagus tapi serabut. Berlatarbelakangkan badan warna hitam, pelekat Mohawk dengan kontras merah, dan roda 2 ‘piece olskul’. Kereta ini menggabungkan bentuk menarik dan kosmetik menawan.

Sejauhmana bagusnya sistem audio Neo ini? Itu persoalan pertama bermain di minda saya kerana mengambilkira ruang butnya yang sangat terhad. Maksud saya, jangan mimpi untuk memasang lebih dari 2 unit woofer 12” kerana memang tidak akan muat. Kecuali, tempat duduk belakangnya dibuang. Tapi bagi seorang pengguna biasa, itu bukanlah pilihan yang mereka mahu. Pemilik Neo ini juga begitu, beliau mahukan sebuah kereta yang bagus audionya sambil kekal membawa 4 penumpang dengan selesa. Impian beliau menjadi kenyataan selepas berkunjung ke Power Classic Automart.

Kereta ini dipasangkan dengan pemain utama 2-din Kenwood DDX5036 dengan fungsi DVD dan skrin sesentuh. Jika anda inginkan sebuah pemain yang boleh diharap dan mampu bertahan lama, maka ini adalah satu daripadanya. Pemain ini disambungkan terus kepada pre-amp Mohawk sekaligus mengambil alih tugas menala 7 frekuensi utama gelombang bunyi sebelum diproses oleh pembesar suara.

Dari unit pre-amp ini, saluran kuasa dibahagikan kepada 3 laluan. Pertama, untuk bahagian hadapan yang menggunakan amplifier 2 channel Mohawk Silver MS 300.2. Amplifier berkuasa 300 watt ini ditugaskan untuk memandu speaker komponen Mohawk MS6.2. Saiz speaker ini pula padan dengan perumah speaker lama sementara tweeternya diletakkan di penjuru papan pemuka dengan halaan ke atas.

Saluran kedua ialah untuk bahagian ‘tailgate’ belakang. Amplifier yang dipasangkan untuk menguasakan 4 unit speaker komponen MS6.2, 2 unit bullet horn tweeter dan 2 unit tweeter ini ialah Mohawk Silver MS 400.4. Ia merupakan antara amplifier 4 channel yang bagus di pasaran. Saya banyak melihat sistem ringkas menggunakan amplifier ini yang dipasangkan untuk menguasakan 2 unit speaker komponen depan dan 1 unit woofer 12” magnet tunggal di belakang. Prestasinya cemerlang dengan kiraan bahawa bajet perbelanjaannya masih rendah.

Bagi memasangkan empat unit speaker pada ‘tailgate’ Neo bukanlah kerja yang mudah. Selain ukurannya perlu tepat, ruang untuk kesilapan adalah sangat kecil bilamana but diisi dengan 2 unit woofer 12” dengan kotak yang memenuhi ruang. Kerana itu juga, pihak Power Classic telah membuat perumah khas supaya bila but ditutup, speaker tidak akan tersepit pada kotak woofer yang tentu sahaja akan menjahanamkan kedua-dua bahagian. Woofer yang digunakan dalam sistem Neo ini juga datangnya dari Mohawk 12” yang dipasangkan dalam kotak buatan custom. Hanya 2 unit woofer digunakan untuk melengkapi sistem ICE Satria Neo ini. Biarpun hanya 2 unit woofer yang digunakan, ia tampil klasik dengan bunyi yang padat dan mantap. Tidak perlu mewujudkan sesak pada ruang ini kerana yang penting adalah mutu kebulatan bunyi yang dihasilkan.

Aliran arus elektrik tanpa kawalan boleh membawa kepada berlakunya litar pintas. Bagi mengelak keadaan ini terjadi, seunit kapasitor 2 farad Lightning Audio digunakan. Ia bertugas untuk menyimpan tenaga lebihan dan mengalirkan jumlah yang diperlukan sahaja. Manakala seunit amplifier monoblock Mohawk Reference Series M2000.1 yang tidak diragui prestasinya dipilih untuk memacu 2 unit woofer tadi. Diletakan di bahagian atas, ianya satu lagi langkah bijak bagi mengelak kesesakan. Ada ruang yang lebih baguskah?

Penempatan amplifier, kekotak woofer dan perumah speaker dibuat dengan sangat kemas. Malah 2 unit amplifier siri Silver tidak kelihatan. Pasti anda juga tercari-cari bukan? Lebih menarik, ia dibalut dengan fabrik merah berjalur hitam yang membuatkan ruang audio kereta ini nampak elegan. Tiada wayar-wayar berserabut kelihatan. Menyerikan lagi hiburan ketika kereta diparkir di waktu malam ialah sorotan lampu LED merah yang mengelilingi bahagian bersudut yang saya kira minimum dan tidak keterlaluan.

Bahagian kosmetik lain kereta ini masih dalam keadaan asal selain pelekat dan roda aloi yang saya sebutkan tadi. Bahagian dalaman kereta Neo ini memang disediakan oleh Proton dengan jaluran merah pada tempat duduk dan panel pintu bersalut kulit. Saya kira ia sebuah projek untuk sebuah kereta kegunaan harian yang berjaya. Kemas, cantik, mudah dan tak keterlaluan. Syabas brader!

Previous Post

Throwback : Meet Up Countdown, We Run This Town

Next Post

Archive : Nissan GTR Nakamichi

Next Post

Archive : Nissan GTR Nakamichi

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved