Sepanjang bulan Ramadan lalu, pelbagai aktiviti kebajikan dan amal telah dianjurkan bagi meraikan golongan yang kurang bernasib baik. Walaupun sudah berada dalam bulan syawal dan ramai yang giat merayakan perayaan aidilfitri dengan penganjuran rumah-rumah terbuka, pihak Kar HiFi mengambil peluang ini untuk berkongsi beberapa aktiviti amal yang sempat diadakan oleh kelab-kelab kereta ketika bulan puasa yang lepas.
Antara yang tidak ketinggalan mengadakan aktiviti amal ini termasuk MM Peoples Charity Club/GSB DIV Melaka dengan kerjasama MPKK Bukit Dato serta orang perseorangan dan RF Design. Selain itu, turut menjayakan lagi program yang diadakan di Surau Taman Cheng Jaya ini adalah kelab-kelab kereta seperti Geng Saga Buruk Melaka, Geng Kaki Event, ROS dan banyak lagi. Semoga segala usaha yang dijalankan mendapat keberkatan serta keredhaan-Nya.