Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Chenta Hati Wanie, Saga FLX

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-16
in SHOW OFF, UTAMA
0

Si ayu bertudung litup, manis orangnya dan lemah lembut. Sejuk mata memandang pemilik kereta Saga merah jambu ini. Berasal dari Perlis, Chenta Wanie atau Nurul Syazwani bukan calang-calang wanita tetapi beliau juga salah seorang pencinta tegar dunia audio. Kecintaan wanita yang baru sahaja berusia 24 tahun ini, diterjemahkan pula ke atas kereta Proton Saga FLX keluaran tahun 2012 yang disempurnakan dengan sebuah sistem audio lengkap bersama modifikasi bertemakan soft and simple. Bagi mengekalkan ciri-ciri feminin, warna Pink Peach telah dipilih dan dilayangkan ke seluruh badan kereta ini. Hanya pelekat dengan nama Chenta Wanie ditampal!

Lebih menarik lagi, minat yang sama terhadap audio dan modifikasi kereta ini dikongsi bersama suami tercinta. Chenta Wanie atau lebih mudah saya gelarkan sebagai Wanie sebenarnya sudah berkahwin dan isteri kepada saudara Kikie Lala. Pasti ramai di antara anda yang mengenali saudara Kikie Lala yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran khususnya di bahagian utara Malaysia. Bertuah sungguh bila ada pasangan hidup yang berkongsi kegemaran memodifikasi kereta. Bukan tiada pasangan yang lain di luar sana tetapi jarang berlaku. Bila pasangan seperti mereka berdua bergabung, lihat sahaja hasilnya. Menakjubkan, bukan?

Sepertimana konsep dipilih Wanie yang bertemakan soft and simple, sistem audio yang dipasangkan juga ringkas dan tidak memerlukan kerja pemasangan rumit. Bagi memperkasakan sistem audionya, Wanie telah menggunakan barisan jenama audio yang terbaik. Biar ringkas tapi kualiti tetap kena jaga. Tak begitu? Antara jenama yang menjadi pilihan Wanie untuk melengkapi sistem audio Saga FLX ini termasuk Helix, Lighting Audio dan Rockford Fosgate. Bagi memastikan kualiti terbaik dan dalam masa mampu memuaskan kehendak hatinya, Wanie telah menghantar Saga FLX ini kepada 3 pusat pemasangan yang berlainan mengikut keperluan tertentu.

Faiz Audio Design yang terletak di Alor Setar, Kedah telah menjadi pusat pemasangan pilihan Wanie untuk membina dan memasang sistem audio Saga miliknya. Manakala kerja-kerja custom pula diserahkan kepada kepakaran suami tercinta, Kikie Lala Motorsport dan untuk pelekat pula, hasil kreatif Zokusha Stickers yang beroperasi di Kulim, Kedah. Walaupun mengambil masa agak lama untuk menyiapkan kereta ini secara keseluruhannya, yang penting Wanie berpuas hati dengan hasil-hasil kerja yang diusahakan ketiga-tiga pusat pemasangan ini terutamanya sistem audio. Perjalanan sistem audio ini dimulakan dari pemain utama android 7” yang terletak di bahagian hadapan.

Seterusnya, pemain utama ini dibantu pemproses isyarat digital (DSP) 6 channel dari Helix. Sistem audio Saga FLX ini dibahagikan kepada dua; hadapan (pemandu dan penumpan) dan juga belakang. Bagi menyempurnakan sistem audio di bahagian hadapan, pemasang telah menggunakan set speaker komponen 6.5” dari Helix Precision. Sebanyak dua unit mid bass digunakan dan setiap satunya dipasangkan di panel pintu. Manakala setiap satu unit tweeter pula dipasangkan di sudut dashboard di bahagian pillar A. Dua unit speaker 2 way 6.5” dari Lightning Audio dipasangkan pula di bahagian tengah (tempat duduk penumpang).

Bagi melengkapi sistem audio di bahagian belakang, speaker coaxial 3 way 6.5” Lightning Audio telah digunakan. Pemasangan speaker coaxial ini satu langkah yang bijak dalam menjimatkan ruang dan juga kos. Setiap satu unit speaker ini terdapat 3 jenis speaker; mid bass, mid range dan juga tweeter. Kedua-dua speaker ini ditanam di bahagian boot lid dan bersamanya turut dipasangkan 2 unit tweeter 3” dari KLM Audio. Akhir sekali, 2 unit woofer 12” Lightning Audio sebagai pelengkap dan dipasangkan dalam sebuah perumah yang dibina khas.

Kesemua barisan speaker dan woofer ini dikuasakan oleh 3 unit amplifier yang terdiri dari 2 unit amplifier 4 channel Lightning Audio dan seunit amplifier monoblock Lightning Audio. Kesempurnaan sistem audio ini diseimbangkan pula dengan sentuhan hiasan dalaman yang menggunakan konsep VIP style. Kemas dan menarik. Mengubah Saga FLX yang standard ini kepada sebuah kereta kelas perdana dan eksklusif. Manakala di bahagian luar selain pelekat tadi, Wanie telah menggantikan rim standard dengan rim 15” dari Boyd Coddington Wheels. Jadi, lengkaplah sudah cinta hati Wanie. Ringkas tetapi comel dan pastinya, menarik!

Previous Post

Throwback : Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan

Next Post

G-Net System

Next Post

G-Net System

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved