Penganjuran aktiviti atau program yang melibatkan dunia permotoran sering diadakan di kompleks-kompleks membeli belah kerana kedudukan yang strategik. Selain itu, ruang tempat letak kereta yang luas juga memudahkan para penganjur memuatkan kereta-kereta tanpa mengganggu kegiatan lain.
Bukan itu sahaja, ia juga memberi promosi percuma kepada kompleks membeli belah itu sendiri. Salah satu siri program yang mendapat tempat di hati peminat dunia permotoran adalah Johor Street Autoshow anjuran Kelab Pemotoran JCMC. Siri pertama program ini telah berlangsung di Mydin Mall Mutiara Rini Johor Bahru pada 24 November lalu dengan pelbagai kategori Autoshow dan Autoshow disediakan pihak penganjur.
Dimulakan sekitar pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 10.00 malam, antara kategori yang disediakan termasuk Standard Body, Perodua Standard Mod, Proton Standard Mod, Oversea Car Mod (selain model kereta keluaran Malaysia), Extreme Mod dan JDM Mod.