Sempena sambutan kedatangan tahun baru 2019 yang lalu, Perumah Desa Rakyat Pasir Gudang telah menganjurkan sebuah acara Santai Pemimpin Bersama Rakyat dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dunia permotoran pada 31 Disember lalu. Diadakan pada pukul 8.00 malam dan berlarutan sehingga 12.00 malam dengan kehadiran para pengunjung yang datang dari kawasan berhampiran.
Antara aktiviti yang disediakan pihak penganjur untuk para peminat modifikasi dunia permotoran termasuk Show Off, Autoshow, Audioshow, Lighting, Split Fire dan banyak lagi. Selain itu, beberapa aktiviti lain turut diadakan seperti jamuan makan untuk para peserta, sesi fotografi serta cabutan bertuah. Acara ini secara tidak langsung dapat merapatkan serta mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan juga rakyat.