Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

NT Power Avenger

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Modifikasi bertema bukanlah sesuatu yang baru dan ia merupakan salah satu cara tarikan paling berkesan khususnya yang dimodifikasi untuk mewakili sebuah pusat aksesori sebagai kereta demo. Namun, apa yang menarik pada kereta pilihan untuk segmen show off kali ini adalah pemilihan kenderaan yang dimodifikasi lengkap bukan sahaja dari sudut sistem audionya, malah tema yang disesuaikan ke atasnya.

Mewakili Brothers Car Accessories yang beroperasi di Sarawak, kenderaan yang menjadi pilihan pusat aksesori ini adalah sebuah van Suzuki Carry yang mana diperkenalkan dan dikeluarkan untuk kali pertama sekitar tahun 1987 – 1988. Mungkin agak ketinggalan, tetapi inilah kali pertama saya dihadapkan dengan sebuah van Suzuki Carry yang dijadikan sebagai kereta demo dan dilengkapi jenama NT Power dan Kole Audio.

Sebelum ini, saya pernah tengok dan membuat artikel tentang sistem audio yang dipasangkan secara serius ke atas van seperti Nissan Vanette dan Perodua Rusa. Saiz yang luas membuatkan kedua-dua van tersebut pilihan yang tepat kerana ia memberikan ruang untuk installer mempamerkan kreativiti dan berimaginasi tetapi ia berbeza dengan Suzuki Carry ini yang agak kecil.

Saiz kecil atau luas, ia terpulang kepada kemahiran installer dan di sinilah kemampuan sebenar warga kerja Brothers Car Accessories diuji. Selepas selesai sesi pemilihan kereta, proses berikutnya pula adalah pemilihan tema dan aksesori audio yang diperlukan. Bagaimana tema Avenger dipadankan dengan sistem audio ini? Mudah. Dek kerana Suzuki Carry ini sendiri sudah boleh dikategorikan sebagai ‘old school’, maka tema diperlukan perlu mempunyai faktor “X” yang mampu menarik perhatian. Namun begitu, ia juga bukan satu modifikasi tema penuh seperti yang pernah ditemui di kebanyakan autoshow. Hanya sekadar pelekat Avenger di bahagian eksterior, itu pun bukan secara keseluruhan.

Kembali kepada sistem audio yang dibina ke atas Suzuki Carry ini, sebanyak 22 unit speaker secara keseluruhannya. Bagi memberikan ‘nyawa’ pada sistem audio SPL yang dibina Brothers Car Accessories, seunit pemain utama dari Pioneer telah dipilih. Pemain dari siri DEH, X1650UB ini merupakan pemain yang dibina untuk memainkan CD dan muzik, malah ia mewujudkan gaya hidup terkini yang mana ia turut memainkan pelbagai media dari telefon pintar dan juga USB. Selain itu, pemain ini juga didatangkan dengan Mixtrax EZ yang membenarkan anda memainkan muzik tanpa henti mengikut gaya muzik yang ingin didengari. Pemain ini juga dilengkapi dengan amplifier 4 channel binaan-dalam. Menarik, bukan?

Namun begitu, Brother Car Accessories tidak bergantung sepenuhnya kepada amplifier binaan dalam yang dilengkapi pada pemain ini. Sebaliknya, sebanyak 7 unit amplifier untuk menguasakan barisan speaker yang dipasangkan. Sebelum disampaikan kepada barisan amplifier ini, terlebih dahulu isyarat yang dibaca pemain Pioneer tadi dipecahkan kepada 4 laluan utama dan dipecahkan kepada beberapa laluan baru yang lain. Laluan pertama, kedua dan ketiga dimulakan selepas isyarat dihantar kepada 3 unit preamp NT Power 7 band, NT-777. Setiap laluan ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan terdiri dari speaker yang berbeza.

Sebagaimana yang diterangkan di awal tadi, laluan pertama dimulakan sebaik sahaja isyarat dialirkan kepada preamp NT-777 pertama dan disaring serta dialirkan pula kepada seunit amplifier 2 channel NT Power NT-752. Dari sini, isyarat seterusnya dialirkan pula kepada 4 unit tweeter NT-Power NT-PA3 yang dipasangkan pada perumah khas di bahagian belakang. Pada perumah yang sama turut tertanam 6 unit mid bass dan ianya bukan dari jenama NT Power, sebaliknya Kole Audio. Keenam-enam unit mid bass ini dibahagikan kepada dua bahagian, 3 unit di sebelah kanan dan bakinya di sebelah kiri. Memacu kesemua mid bass 6.5” Kole Audio KPS-PA65 ini adalah seunit amplifier 4 channel NT Power NT-704 merupakan laluan ketiga yang didahulukan oleh unit ketiga preamp NT-777.

Beranjak ke laluan kedua pula, juga turut dimulakan dengan seunit preamp NT-777 yang mana data telah diproses dihantarkan ke seunit lagi amplifier 4 channel NT Power NT-704. Menerusi amplifier ini, isyarat dipacukan ke 4 unit mid bass NT-Power NT-6.0B. Gugusan mid bass ini telah dipasangkan pada trunk lid dengan cukup tersusun dan kemas, sekali gus melengkapkan ketiga-tiga laluan pertama di awal tadi. Setakat ini, pastinya ada yang sudah dapat membaca laluan ini dibina sedemikian oleh installer, betul?

Sistem audio Suzuki Carry dengan penalaan SPL ini tidak berakhir lagi, masih ada bahagian yang tertinggal dan ia paling penting khususnya untuk sistem jenis ini yang mementingkan kekuatan dan tekanan. Laluan keempat ini khas untuk menghidupkan gugusan woofer yang terdiri dari 8 unit kesemuanya. Bagi memberikan kuasa yang cukup rata, sebanyak 4 unit amplifier monoblock NT Power QX-5000D. Ya, untuk laluan keempat ini yang telah dipecahkan lagi kepada 4 laluan baru, tiada bantuan preamp digunakan. Kalau anda masih ingat, pemain ini sendiri sudah mempunyai amplifier 4 channel miliknya sendiri dan ia sudah cukup untuk menambahbaik mutu bunyi dengan bantuan setiap amplifier monoblock tadi.


Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, ruang Suzuki Carry ini tidak seluas Vanette atau Rusa tetapi dengan kecekapan tenaga kerja di Brothers Car Accessories, matlamatnya tetap tercapai. Cuma saya ada sedikit perkara yang agak tidak berkenan, kekemasan atau kerja-kerja akhir. Bukan di bahagian belakang yang menempatkan kesemua gugusan speaker tetapi di bahagian tengah yang mengisi kesemua amplifier. Agak kurang kemas dan tidak teratur. Mungkin, ada cara lain untuk melindungi kabel-kabel dan juga amplifier yang kelihatan agak kucar-kacir. Sekadar pandangan, harap ia membantu.

Previous Post

Parasol

Next Post

Throwback : Johor Street Autoshow Vol 1

Next Post

Throwback : Johor Street Autoshow Vol 1

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved