Setelah hampir dua tahun segala program dan aktiviti terpaksa dihentikan demi memutuskan rantaian pandemik covid-19, kini dunia permotoran kembali meriah dengan acara yang diadakan termasuk yang melibatkan audio kereta. Baru-baru ini, pihak Thensound System (TDCM) yang aktif di negeri Perlis dalam bidang audio kereta telah menganjurkan pertandingan Audio dB Test.
Diadakan pada 20 Mei lalu, acara ini berlangsung di Kurong Tengar, Kuala Perlis dan merupakan kali kedua dianjurkan oleh pihak TDCM. Pertandingan dimulakan sekitar pukul 9.00 pagi dengan sesi pendaftaran para peserta. Tepat pukul 2.00 petang, sesi penjurian dimulakan.
Sambutan dari para peserta boleh dikatakan menggalakkan, begitu juga kehadiran orang ramai yang memeriahkan tapak pertandingan. Pelbagai kereta dengan sistem audio menarik dapat ditemui sepanjang pertandingan berlangsung. Sekitar pukul 7.00 malam, pertandingan melabuhkan tirai dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tahniah!