Maserati mempersembahkan MC20 Cielo, sebuah kereta yang memberikan prestasi kereta super sport yang sebenar bersama dengan keseronokan pemanduan yang tidak pernah dilihat pada mana-mana kereta sebelum ini. MC20 mengumumkan ciri-ciri istimewa yang ada pada namanya.
MC bermaksud Maserati Corse (Racing); 20 pula tahun 2020 di mana era baharu jenama ini bermula. Manakala Cielo (sky) melambangkan model ini yang memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan dalam masa sama mengekalkan ciri-ciri istimewa sebuah coupe.
Dilengkapi dengan enjin V6 Nettuno, Cielo menawarkan gabungan sempurna di antara kemewahan dan ciri-ciri sporty yang datang dari spesifikasi yang unik kepada segmen ini; bumbung kaca inovatif yang boleh ditarik. Spyder terbaharu ini merupakan titik pertemuan ‘keberanian’ yang ada pada Maserati dan langit tanpa batasan yang memberikan perasaan istimewa.
Model ini dilengkapi dengan tingkap elektrokromik yang boleh bertukar dengan mudah menjadi legap dari cerah hanya dengan sentuhan pada skrin tengah menggunakan teknologi PDLC (Polymer-Dispersed Liquid Crystal). Bumbungnya juga mempunyai penebat haba terbaik dengan kelajuan buka dan tutup yang pantas (hanya 12 saat).
Selain itu, MC20 Cielo memberi pengalaman pemanduan pelbagai sensory menyeluruh dengan bumbung tertutup dan legap, unik untuk kecerahan dalam kabin apabila bumbungnya lutsinar, holistik dengan bahagian atas ke bawah. Dibangunkan di Makmal Inovasi Maserati dan dikeluarkan di kilang bersejarah di Viale Ciro Menotti, spyder ini 100% buatan Itali dan dibuat 100% di Modena sebagai versi coupe.
MC20 Cielo ini direka untuk kesempurnaan, beratnya hanya 65kg lebih dari coupe yang dibuat dengan cukup teliti semasa proses rekaan kereta ini lagi. Begitu juga dengan casis karbon fiber yang menjamin ketegaran kilasan tanpa kompromi, menawarkan kombinasi pengendalian yang luar biasa samada di atas jalan raya mahupun litar.
Spyder terbaharu ini merupakan kereta yang elegan dengan rekaan sporty. Personaliti dan karakternya benar-benar memikat untuk bentuknya yang asli dan juga aerodinamik yang telah dipertingkatkan untuk ujian 360° dalam terowong angin, samada bumbung terbuka atau tertutup.
Tiada ciri-ciri yang tidak diperlukan berkaitan rekaannya; semuanya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Satu-satunya konsesi untuk kesan mengejutkan ini adalah pintu ‘rama-rama’ sama seperti super sport car MC20. Pintu itu juga memberikan akses mudah untuk masuk dan keluar kabin.
Dari segi perspektif estetik, versi yang dilancarkan ini menampilkan tiga lapisan warna metalik yang dikenali sebagai Acquamarina, ditawarkan sebagai sebahagian program kustomisasi Maserati Fuoriserie. Warna yang berinteraksi dengan cahaya yang kemudian menyerlahkan dirinya sendiri dalam situasi yang mempersonakan. Manakala warna asasnya pula pastel kelabu, diilhamkan dari perlumbaan, bagi mengenang DNA MC20 sporty dan diiringi warna aquamarin yang menghidupkan warna dan menjadikan ia sangat indah.
Model terbaharu ini juga turut ditambahkan dengan Active Safety System seperti parking sensor, kamera pandang belakang, monitor titik buta (blind spot monitor) yang juga ada pada MC20 sejak MY22. Spyder ini juga memperkenalkan brek kecemasan auto, informasi isyarat trafik dan kamera 360° baharu.
Manakala untuk sistem audio, MC20 Cielo ini dilengkapi dengan High Premium Sonus pilihan. Sistem coupe MC20 merupakan pemenang EISA untuk sistem audio dalam kereta yang dibina khas untuk memuatkan akustik unik dan posisi yang diperlukan dalam kabin spyder ini, menyelaraskan 12 speaker bagi mendapatkan bunyi yang lebih natural.
Akhir sekali, pengalaman berada dalam kereta ini dikendalikan dari sistem multimedia Maserati Intelligent Assistant (MIA) dan dari Maserati Connect. Pada pelancaran perdana spyder Maserati baharu, ‘langit’ menjadi tema utama untuk membawa anda semua kepada dimensi holistik dan dalam masa yang sama, membuatkan anda mendongak memandang langit.