Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Tampil Unik Dengan Konsep Perlumbaan GT Dan Gabungan VIP

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-12-16
in SHOW OFF, UTAMA
0

Saya rasa ingin bercerita banyak tentang kereta ini. Mercedes W124 atau lebih kita kenali dengan E Class. Dianggap model E Class paling berjaya dalam sejarah. Ia bukan sahaja melonjakkan segmen kereta sedan mewah kelas sederhana ke tahap baru, malah telah berjaya mengukuhkan kedudukan kewangan Mercedes sewaktu era sukar 90-an. Ia juga merupakan model moden yang menjalani produksi dalam tempoh yang cukup panjang, 11 tahun bermula 1984 hingga 1995. Ia dianggap ‘kereta kebal’ bagi peminat Mercedes, tiada apa yang dapat merosakkannya, enjinnya dibina untuk bertahan hingga sejuta kilometer. Varian petrol dan dieselnya pelbagai, versi asas hingga model premium multivalve Masterpiece diperkenalkan untuk mengaut semua pasaran yang ada.

Kereta ini lahir ketika Jepun ghairah memasarkan kenderaan murah yang mana menjejaskan banyak pengeluar Eropah. Mercedes tidak terkecuali. Dengan kos pembuatan piawaian Jerman yang tinggi, pihak Mercedes tidak sanggup untuk mengurangkan kualitinya, malah ia mengajar mereka membuat kereta yang lebih baik mahal tetapi tahan lama. Buktinya, setelah lebih 20 tahun di pasaran, ia masih lagi kekal sebagai limosin lapangan terbang, teksi premier di Hong Kong dan Taiwan serta kereta kenamaan bagi negara Afrika. Semua bersetuju bahawa kereta ini memang tahan lasak!

Di Malaysia, memilih kereta ini dalam aspek pengubahsuaian sistem audio merupakan perkara terakhir yang difikirkan oleh pemasang audio. Bukan sahaja berat, ia juga kekurangan lokasi penempatan peralatan di samping bentuk badannya yang kelihatan sangat ‘Ustaz’. Susah benar nak jadikan kereta ini nampak garang atau diparking di tapak pameran. Namun pihak Arashi Aerodinamic dari Johor Bharu memiliki lebih dari sekadar idea. Di Johor, melihat kereta begini diubahsuai dengan sistem audio bukanlah sesuatu yang asing.

Arashi Aerodinamic merupakan salah sebuah syarikat yang merekabentuk bodykit kenderaan yang popular di Johor Bharu. Bagi mendapatkan kelainan dalam rekaan produk mereka, W124 dipilih kerana ia bukan sahaja sangat jarang dilihat diubahsuai, tetapi lengkok badannya mencabar kejuruteraan rekabentuk untuk mentransformasikan kepada rekaan lain. Dengan perjalanan hampir setengah tahun di dalam garaj dan kilang pembikinan kit badan, akhirnya lahirlah sebuah masterpiece yang unik, direka dengan konsep perlumbaan GT dan gabungan VIP.

Sistem audio kereta ini sudah tentulah sama-sama menjuarai rekabentuknya. Di bahagian konsol tengah ialah pemain DVD Pioneer AVH7550DVD. Pemain ini adalah antara saingan Alpine beberapa tahun dahulu ketika era DVD skrin sesentuh masih baru di pasaran. Apatah lagi untuk saiz 1-din yang masih belum ada kemajuan ketika itu yang wujud untuk memasukkan semua operasi dalam satu saiz yang kecil. Oleh yang demikian Pioneer membuat keputusan mengalihkan bahagian operator dan isyarat AV ke sebuah kotak pemproses berasingan. Ia juga dikenali sebagai hide away unit.

Walaupun pemain ini agak berusia dari skala kemajuan audio hari ini, ia tetap peneraju dalam industri multimedia. Bukan sahaja bacaan DVDnya jelas, piksel yang terhasil dari visualnya juga cukup tajam, malah lebih baik dari sesetengah pemain Pioneer sendiri untuk pasaran hari ini. Untuk pengetahun anda juga, ketika di pasaran dahulu, harga jualannya ialah sekitar RM7000, satu gambaran produk premium yang cukup eksklusif.

Pemain ini memiliki beberapa saluran pre-out. Satu daripadanya dihalakan terus kepada amplifier 4 channel Performance PF 85.4 untuk mengekstrak bunyi daripada sepasang speaker midbass 4 inci Performance PF-4. Dua lagi channelnya bertugas memandu Performance PF-6.5 iaitu speaker komponen berukuran 6.5 inci yang datang bersama sepasang tweeter dan crossover jenis pasif. Pakej pertama ini merupakan set yang dibina untuk bunyi dalaman kabin sahaja.

Lihat di bahagian but kereta ini. Ia kini didominasi sepenuhnya peralatan Performance. Keempat-empat buah woofer 12” Performance PF-12DD dipasangkan dalam perumah khas yang diperbuat dengan gentian kaca dan diturap dengan efek gentian karbon. Woofer-woofer tersebut menerima aliran kuasa daripada dua buah amplifier. Setiap satunya dari kategori monoblok PF-1700.1 dan PF-2400.1. Tidak pula dinyatakan mengapa dua amplifier berbeza memandu woofer dengan spesifikasi sama, namun saya menjangka ia berkenaan setting. Woofer yang dikuasakan oleh amplifier lebih besar mampu dilaras pada ‘gain’ yang lebih tinggi. Ia lebih stabil, walaupun dalam keadaan satu channel tersebut dipecahkan kepada dua punca woofer.

Sejumlah 10 buah mid bass Performance PF-6.5 dipasangkan di bahagian penutup but. Jika itu buat anda rasa kagum, tunggu dulu. Kesemua mid tersebut (dan 4 unit tweeter Performance PF-25HT) dikuasakan oleh sebuah amplifier sahaja. Benar, hanya sebuah amplifier Prokick CS700 dipertanggungjawabkan untuk memandu kesemua speaker tersebut dan ternyata ia mampu. Pada laras volume yang diperdengarkan, saya sendiri tidak sangka setelah diagram keseluruhan ditunjukkan.

Sistem audio berteraskan multimedia lazimnya dipasangkan dengan monitor tambahan. Mercedes ini juga dipasangkan dengan monitor TFT di bahagian but yang diletakkan dengan logo ARS (Arashi Aerodinamic). Untuk menjadikannya lebih menarik, sebuah lagi monitor TRF LCD dipasangkan di bahagian pintu kanan penumpang belakang belakang dari Dell 19 inci. Betul, ia monitor untuk komputer desktop. Bagi sistem DVD yang menghalakan isyarat menerusi AV, monitor begini lebih murah berbanding monitor TV konvensional dengan TV tuner bina-dalam (oh ya. TV tuner itu tak pakai pun!)

Kemasan keseluruhan kereta ini juga dibuat dengan sangat teliti. Bahagian dalaman misalnya dibalutkan dengan kain baldu dan permaidani lembut. Setiap bahagian yang terdedah dihias semula dengan tema yang lebih segar.

Akhirnya, pihak Arashi bukan sahaja memiliki sebuah Mercedes ‘old school’ yang cantik bergaya di bahagian luar dan dalam, malah sistem audio yang mengagumkan, menjadikan kereta ini selayaknya mendapat tempat di hati peminat tempatan. Tidak hairanlah, setiapkali kereta ini dipertandingkan dalam autoshow atau audio show, ia sering menggentarkan pihak lawan.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 11

Previous Post

Rekaan Pelajar Sekolah, Raih Kemenangan Pertandingan Design A Rally Car Livery

Next Post

Sistem Audio Tersembunyi Sebalik Kaca Lampu Berwarna

Next Post

Sistem Audio Tersembunyi Sebalik Kaca Lampu Berwarna

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved