Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Si Kuning Yang Tiada Tanding

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-05
in SHOW OFF, UTAMA
0

Deruman injin, berselang-seli dengan dentuman muzik membuatkan kawanan burung terbang berselerakan memenuhi dada langit. Bagaikan halilintar menyambar bumi, begitu jugalah kisahnya dengan ketibaan kereta Iswara yang tampak gagah dan bergaya. Warna kuning yang menyaluti tubuh Iswara memeritkan deria penglihatan dek kilas matahari. Namun tetap berdegil untuk memerhatikan gerak tangkas tayar membelok dan merehatkan diri. Agak lama juga sebelum si pemandu keluar dari dalam perut kereta.

Warna kuning pada tubuh Iswara ini menambahkan gemerlapannya. Seolah-olah memberitahu bahawa jangan sesekali memandang enteng atas kemampuannya. Ya, sudah tentu Iswara yang bergemerlapan ini mempunyai reputasi tersendiri dan agak mustahil difikirkan oleh orang yang memandang. Tepat benar dengan pepatah, jangan nilai buku melalui kulitnya. Begitu jugalah hakikatnya dengan Iswara yang lebih tepat dengan gelaran Yellow Lucky Fellow ini.

Umpama pasangan sahabat sejati, gandingan Farhan dan Iswara ini merupakan antara yang digeruni setiap kali kelibat mereka kelihatan di mana-mana pertandingan autoshow, mahupun audioshow. Mana tidaknya, setakat ini sahaja, mereka telah mencatatkan kemenangan sebanyak 11 kali. Tidak mustahil, kemenangan akan ditambah lagi untuk pertandingan yang bakal disertai di masa hadapan. Begitulah bertuahnya Iswara ini kepada Farhan.

Tuah yang sentiasa menyebelahi Farhan bukan sekadar pada kereta, tetapi juga terletak kepada kepintaran beliau memilih hanya yang terbaik untuk I.C.E miliknya. Bagi memastikan namanya dilaungkan di setiap pertandingan sebagai pemenang, Farhan telah mengisi keretanya dengan jenama Q Mobile Audio sebagai pilihan utama. Dan dengan nama Q Mobile Audio yang berpengaruh dan dikenali dunia I.C.E kerana kualitinya, kemenangan bukanlah sesuatu yang mustahil.

Jejaka bertubuh agak sasa ini, baru sahaja mencecah 21 tahun. Beliau dianggap masih mudah jika dibandingkan penggila dan kaki-kaki I.C.E yang lain. Namun itu bukanlah penghalang baginya untuk terus berkecimpung dalam dunia yang dicintainya ini sejak 4 tahun lalu. Statusnya sebagai pelajar juga bukan satu alasan yang mampu membuatkan beliau mengabaikan minat yang mendalam. Ditambah pula dengan sokongan yang diberikan oleh ibu bapa dan kawan-kawan membuatkan semangatnya lebih membara.

Sebagaimana semangat dan darah muda yang mengalir dalam dirinya, Farhan mahu memperlihatkan yang sama ke atas keretanya pula. Siapa sangka Iswara ini berusia lebih sedekat atau lebih tepat lagi, 13 tahun? Tentu tidak bukan, tapi itulah kelebihan yang ada pada Farhan. Bagi mengekalkan jiwa muda Iswara ini, Farhan telah memilih HU jenama JVC model KD-G646 yang berkemampuan untuk memainkan MP3,WMA dan juga USB.

Bagi mendapatkan hasil bunyi seperti yang diinginkan, Farhan telah menggunakan pre amp. Malah bukan satu, tetapi dua pre amp bagi menerima isyarat yang dipancarkan melalui HU tadi. Dua unit pre amp tersebut masing-masing dari jenama Stellar model SD-5.1PQ dan Caliber model CPE-606. Pre amp ini telah dipasang dan diletakkan berhampiran dengan HU. Kedua-dua unit pre amp ini berfungsi untuk meninggikan isyarat yang diterima dari HU sebelum disalurkan pula kepada amplifier.

Set I.C.E di bahagian hadapan kereta Iswara ini telah dilengkapi dengan DVD visor yang turut berkemampuan untuk memainkan fail pelbagai format antaranya seperti DVD,VCD,CD,MP4,MP3,WMA, dan JPEG. Teringat pula zaman belajar dulu, sementara menunggu tiba waktu kuliah terpaksalah duduk dalam kereta berjam-jam. Memang bosan kalau hanya boleh dengar lagu. Tapi tak bagi Farhan, kalau duduk lama-lama pun tak jemu. Boleh cuci-cuci mata. Betul tak?

Farhan nekad mengorbankan bahagian belakang keretanya supaya dapat memberikan ruang lebih luas dan terus bersambung ke bahagian but kereta. Ianya dilakukan khas bagi memuatkan woofer, speaker dan juga amplifier yang kemudiannya diletakkan dalam peti khas berwarna kuning. Beliau menggunakan 8 biji woofer dari Q MobileAudio 12” QX-1200. Selain itu, Farhan juga memasang 6 biji bass mid Q MobileAudio 6” serta 4 biji mid bass 6” dari MB Quart.

Beralih ke amplifier bagi memacu semua woofer dan speaker tersebut, Farhan menggunakan 2 unit monoblock dan 2 unit ampilifier 2 channel. Setiap satu unit monoblock digunakan untuk memacu 4 biji woofer. Monoblock yang digunakan oleh Farhan ialah Q MobileAudio QQ2000.1 dan monoblock Tepe TP903.1. Manakala 2 unit amplifier 2 Channel digunakan untuk memacu mid bass. Amplifier Tepe TP.300.2 untuk 4 biji mid bass dan amplifier Q MobileAudio QQ1500.2 untuk 6 biji mid bass MB Quart.

Setelah melihat isi dalam Iswara ini, memang tak hairanlah ianya boleh memenangi banyak pertandingan. Namun begitu, diharapkan Farhan tidak meluopakan kebajikan diri sendiri. Terutama sekali selepas pernah terlibat dalam kemalangan bersama-sama dengan kereta kesayangannya satu ketika dulu. Apa-apa pun, selamat berjuang dan kekalkan semangat juang untuk kemenangan berterusan demi Yellow Lucky Fellow dan dunia I.C.E!

Previous Post

Sistem Sempurna Sang Juara

Next Post

Sebuah Kereta Demo Fun & Funky!

Next Post

Sebuah Kereta Demo Fun & Funky!

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved