Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sebuah Kereta Demo Fun & Funky!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-05
in SHOW OFF, UTAMA
0

Caliber! Pernah dengar jenama ini? Sebagai pencinta dunia audio, soalan itu mungkin kedengaran agak lucu dan kurang bijak memandangkan ia adalah salah satu jenama audio yang berpengaruh khususnya untuk peminat tempatan. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, sudah beberapa kali juga terserempak dengan kereta demo yang dilengkapi dengan jenama ini. Hasilnya? Mencapai tahap kaliber paling tinggi!

Salah satu contoh paling tepat untuk diperlihatkan kepada pembaca sekalian adalah Kancil sentuhan Megar Sound ini. Memang tidak dapat disangkal lagi, bersesuaian dengan tujuan asal modifikasi dilakukan keatasnya agar ia tampil cemerlang dan kedengaran hebat untuk ditugaskan sebagai kereta demo. Kancil ini berjaya menggamit perhatian. Tidak kiralah dari sudut mana sekalipun, ia sangat mudah dilihat dan dikenalpasti. Lagipun, memang itulah objektif utama kereta demo dibina, bukan?

Pemilihan kereta kompak khususnya Kancil memang digemari installer kerana ia bersifat fleksibel; mudah dimodifikasi ekoran saiznya yang kecil dan tidak memerlukan banyak masa berbanding kereta sedan mahupun MPV. Namun, ia bukan bermaksud kerja pengubahsuaian dilakukan sambil lewa kerana hasil dentuman akhir tetap memerlukan penelitian tinggi. Penalaan sistem bunyi harus tepat kerana pemarkahan tidak bergantung kepada persembahan semata-mata sebaliknya kualiti bunyi yang dihasilkan. Fahamkan konsep itu dahulu.

Dalam masa sama, kelebihan itu juga sebenarnya merupakan kelemahan kereta Kancil ini. Saiz yang kompak membuatkan installer harus bijak merancang pembinaan sistem audio yang tepat, bermula dari langkah pertama lagi. Dimuatkan dengan 4 unit woofer 12” dari Caliber CW-S120SVC, Megar Sound berjaya membina satu sistem audio yang dicemburui dan mampu memberi saingan kepada pihak lawan sepertimana yang dilakukannya ketika ditemui di salah sebuah pertandingan baru-baru ini.

Dipenuhi kelengkapan audio dari jenama Caliber, dipadankan pula dengan talaan SPL sekaligus menjadikan Kancil ini sebagai satu senjata yang sempurna di medan pertandingan. Dimulakan dengan pemain utama dari Pioneer (satu-satunya jenama bukan Caliber), ia seakan memberi binaan asas yang teguh kepada sistem audio si Kancil dengan pelekat Caliber mirip tema Harimau Malaya hasil kreatif Tom’s Stickers. Pemain dimaksudkan pula adalah dari siri terkenal DEH, 7450SD dengan kelebihan yang seharusnya ada pada pemain CD serta sangat mudah dikendali dan ditala.

Kecemerlangan bacaan isyarat pada pemain ini dialirkan kepada 2 unit pre-amp Caliber yang mana setiap satunya membina laluan baru. Pre-amp pertama merupakan pre-amp 4 band CPE-204TA yang disambungkan pula kepada dua unit amplifier monoblock Caliber CA-D3500i. Dua unit monoblock yang mana setiap satunya mampu menghasilkan kuasa maksima pada 4000 watt, masing-masing menguasakan 2 unit woofer tadi. Ia sememangnya sudah mencukupi bagi membekalkan kuasa yang diperlukan oleh setiap woofer ini.

Manakala pre-amp kedua merupakan pre-amp 5 band CPE-5005 yang disambungkan pula kepada dua unit amplifier 2 channel Caliber CA-S150.2. Di mana setiap satunya membawa tugas yang berlainan. Unit yang pertama bertugas untuk menguasakan 8 unit mid Caliber CBM-95i. Seterusnya, seunit lagi amplifier 2 channel tadi berfungsi memacukan 4 unit tweeter Caliber CT-70H. Kesemua speaker dan juga amplifier ini telah dimuatkan dibahagian but belakang kereta dalam sebuah perumah binaan khas.

Tidak seperti kereta demo lain, susunannya kemas dan masih mempunyai sedikit ruang yang sengaja dibiarkan kosong. Seiring dengan warna yang terdapat pada logo Caliber, ruang ini telah diwarnakan dengan dua warna utama, merah dan putih. Kesemua lapan unit mid dibahagikan kepada dua dan dipasangkan dalam perumah yang dibina di bahagian tepi dinding but.

Manakala 4 unit woofer ditanam pada perumah, yang mana ianya dipisahkan dengan ruang udara. Ruang udara ini bertujuan untuk memberikan kemampatan kepada bunyi. Bagi memberi keseimbangan kepada kemampatan bunyi bass tadi, 4 unit tweeter dipasangkan di bahagian atas yang sekaligus melengkapi sistem audio Kancil ini. Sistem audio ini diserikan lagi dengan perkakas tambahan, hiburan untuk deria mata pula. Sejumlah 4 unit monitor telah ditanam dalam perumah khas yang sengaja diletakkan di belakang penutup but.

Secara keseluruhannya, Kancil ini sudah melepasi standard sebuah kereta demo dan memenuhi keperluan setiap pertandingan. Oh ya, sesuatu yang saya terlepas pandang di awal-awal tadi. Interiornya juga cukup menarik dengan penambahan lampu LED bagi menimbulkan mood ‘fun’, barulah seronok melayan dentuman bass yang berganda!
* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 44

Previous Post

Si Kuning Yang Tiada Tanding

Next Post

Bersama MAM Peringkat Negeri Perak 2020

Next Post

Bersama MAM Peringkat Negeri Perak 2020

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved