Bertempat di KIP Mart Masai telah berlangsungnya Show Off Audio Lighting anjuran Samurai Suspect Team. Usaha kelab ini menganjurkan aktiviti melibatkan modifikasi kereta ini harus diberi pujian kerana memberi ruang dan peluang kepada para pencinta dunia permotoran untuk memenuhi hobi masing-masing.
Diadakan dengan kerjasama KIP Mart Masai, aktiviti ini dimulakan sekitar pukul 8.00 malam sehingga 11.00 malam. Pelbagai kategori telah disediakan seperti audio show, lighting show, split fire dan juga carnival. Kehadiran kereta-kereta yang telah dimodifikasi ini telah menarik perhatian para pengunjung yang berkunjungan ke KIP Mart Masai ini.