Seramai 20 orang peserta dari negara China telah terpilih mengikuti seminar Music Dynasty Judge Training and Incentive Trips yang diadakan selama lima hari bermula dari 5 hingga 9 Ogos ini. Bagi sesi seminar latihan juri audio ini, para peserta telah mengikuti kursus yang dikendalikan oleh tokoh audio terkenal Malaysia, saudara KV Low.
Dianjurkan oleh MACE, seminar ini telah berlangsung di Vivatel Hotel yang berlokasi di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Para peserta telah diberikan pendedahan tentang jenama Wild Animals selain mempelajari teknik pendengaran yang betul dengan menggunakan produk keluaran jenama ini.
Para peserta yang diterbangkan dari negara China untuk mempelajari teknik dan mengikuti kursus latihan ini tidak melepaskan kesempatan untuk mempelajari teknik-teknik pemasangan audio dari KV Low yang dikenali sebagai sifu dunia audio bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Semoga sesi seminar latihan ini memberi manfaat selain menikmati keindahan Malaysia sepanjang para peserta berada di sini.