Kebiasaannya, ramai yang teragak-agak hendak membina sistem audio. Apatah lagi bila ada perasaan tidak mahu ubah keadaan kereta tapi dalam hati, teringin nak pasang perumah kustom yang cantik-cantik. Dilema? Ya, bukan seorang dua ada perangai macam ini. Ramai lagi yang punya perasaan yang sama. Orang kata, malu tapi mahu. Apa petuanya?
Kalau susah hati nak ubah semua, mulakan sedikit demi sedikit. Membina sistem audio ini boleh dikatakan semacam ketagih. Bila pasang satu, seronok dia lain macam. Bila dah seronok, semangat nak tambah lagi sistem audio bagi lebih mantap jadi membuak-buak. Begitulah seterusnya. Yang penting, kena ada langkah permulaan. Kalau tak ada, sampai sudah memang pasang hajat dalam mimpi aje.
Nama
Adib Bin Zainudin
Kereta Pertama
Proton Iswara
Kereta Impian
Skyline R35
Kereta
Proton Iswara
Head Unit
Pioneer DEH-1950G
Pre amp
– 2 unit preamp Caliber CPE 309
Amplifier
– 1 unit amplifier 4 channel Kenwood KAC-6401
– 2 unit amplifier 4 channel Revenge RV 805BM
Speaker
– 2 biji hi mid 5” Anaconda
– 2 biji mid bass 6” Anaconda
– 2 biji horn tweeter
Woofer
– 2 biji woofer 12” Anaconda
– 2 biji woofer 12” Hard Rock City
Setting
SPL
Kos Modifikasi
RM9,000
Kenangan Pahit
Jatuh Motor
Kenangan Manis
Menang pertandingan autoshow
Lokasi Impian
Jepun
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Dorongan keluarga dan kawan-kawan
Pendorong
Kawan-kawan
Kelab
Kereta Gempak