Apa yang dilihat sekarang ini ialah sistem audio binaan dan kerjasama dua beradik yang sama-sama meminati dunia audio. Rudy dan Beni. Jadi, pembinaan sistem audio pada kereta ini bukan bertunjangkan minat semata-mata tetapi juga, kepercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan dan penilaian masing-masing. Dalam masa yang sama, menghargai saat-saat meluangkan masa bersama dalam membina sebuah audio yang didasari rasa kecintaan. Wah, betul-betul mengusik emosi!
Semua bermula apabila si abang, Rudy Wibawa meletakkan seluruh kepercayaan terhadap kereta kesayangannya untuk menyertai pertandingan ESQL EMMA HIN yang berlangsung di Yogyakarta. Manakala adiknya Beni bertugas di Simple Audio Construction. Pada waktu ini, Rudy mempertaruhkan keretanya dalam kategori ESQL 4 woofer.
Pada awalnya, Rudy memilih sendiri setiap produk yang mahu digunakan ke atas keretanya termasuk pemakaian amplifier monoblock Performa untuk menguasakan 2 unit subwoofer Rockford Fosgate yang berdimensi 12” yang disimpan dalam perumah kustom. Penalaan ini cukup memuaskan hati Rudy apabila berjaya menghasilkan kira-kira 159,9db!
Seterusnya, hasil kombinasi aksesori audio di bahagian kabin hadapan dan belakang untuk menghasilkan bunyi yang terbaik. Pada kabin hadapan, Beni pula mengambil alih dan mempercayai kualiti yang dibawakan jenama Crescendo menerusi speaker D’apolyto Crescendo Opus 8.9 untuk penghasilan suara. Manakala di bahagian belakang, 2 set speaker coaxial dari Rockford Fosgate jadi pilihan.
Bagi menguasakan sistem audio ini, sebanyak dua unit amplifier 4 channel dari Zapco Reference Series telah digunakan untuk memacu speaker depan. Manakala amplifier Cliff Design digunakan untuk memacu speaker Rockford Fosgate. Hasilnya, pasangan adik-beradik ini berpuashati dengan berjaya memenangi pertandingan kategori ESQL 4W di tempat yang kedua!