Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sebuah Pakej SQ Yang Lengkap

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-05
in SHOW OFF, UTAMA
0

Pembinaan sebuah kereta SQ yang serius biasanya melibatkan pemilihan peralatan yang benar-benar berkualiti. Diulangi, yang benar-benar berkualiti dan sangat berkualiti. Itu di satu peringkat. Keduanya ialah tentang pemasangan dan ketiganya ialah penalaan. Kesemuanya mesti berkoordinasi untuk menjamin penghasilan bunyi dinamik yang dikehendaki.

Satu masa dahulu, terma SQ sangatlah primitif sehinggakan penala untuk sistem ini boleh dibilang dengan jari. Produk yang ditawarkan juga tidak banyak dan ia berkisar tentang dunia tersendiri beberapa kelompok elit yang sangat berduit. Zaman ini juga, SQ sering diistilahkan tentang bunyi yang tajam dan jelas. Penjajaran masa, kestabilan staging adalah perkara yang jarang dibincangkan.

Teknologi semakin maju dan akhirnya lahirlah kereta SQ zaman moden yang lebih kompleks penalaannya. Sebab itu juga anda boleh membezakan dengan jelas antara dua buah kereta yang dibina di dua premis berlainan. Saya ada pengalaman dengan sebuah kereta yang dibuat dengan kos yang hampir sama tetapi kereta A (dengan tebatan bunyi rendah) menghasilkan staging bunyi yang jauh lebih bagus dari kereta B dengan tebatan bunyi tinggi.

Ini adalah salah satu contoh sebuah kereta SQ yang serius. Pemiliknya Ah Chee, salah seorang yang cukup berpengalaman dalam industri audio tempatan. Beliau merupakan pengedar beberapa jenama terkemuka audio dan Civic ini adalah salah satu dari beberapa projek peribadinya. Apa yang menjadikan kereta ini istimewa, ia telah menjalani fasa penyesuaian komponen audio pelbagai. Peringkat penalaan yang rumit dan pemasangan yang mengambil masa berbulan lamanya.

Mengepalai sistem ini ialah pemain terbaik pernah dihasilkan dalam dunia industri. Jika anda rasa P80 atau P99 sudah cukup mahal, ini adalah pemain termahal pernah dihasilkan Pioneer. Dikenali sebagai ODR dari model RSD7RII. Pemain ini ibarat Ferrari dan pasangan pemprosesnya, ODR RSP90 pula boleh diibaratkan sebagai Lamborghini.

Apakah yang menjadikan pemain ini sangat mahal? Bagi pengetahuan anda ia bernilai sama dengan pasaran sebuah Perodua Kelisa terpakai. Pertama, Pioneer dikenali sebagai syarikat yang khusus menghasilkan pasaran audio premium. P90RS mungkin setaraf dengan Clarion HX-2 tetapi tidak untuk ODR yang dibuat sebagai sistem aktif tunggal dengan pemproses luaran. Sensitiviti pengesan cakera padatnya berkualiti tinggi, crossovernya menapis bunyi dengan tepat dan setting equalizernya sangat banyak sehinggakan untuk pengguna biasa, memahirkan talaan ini perlukan berbulan lamanya. Tidak seperti pemain utama yang biasa, ODR ini tidak menggunakan RCA sebaliknya wayar fiber.

Tetapi jika anda lihat pasangan pembesar suara pada Civic ini, anda setuju memang ODR antara calon layak bagi memproses suaranya. Hanya seunit amplifier digunakan iaitu TRU Billet 8100AD. Dihasilkan oleh Tru Technology USA, ia adalah antara amplifier 8 saluran yang tidak banyak ditawarkan di pasaran. Ianya buatan Amerika dan dibuat secara custom dengan tangan. Harganya jangan ditanya, tapi apa yang anda perlu tahu bahawa ia boleh mengendalikan keseluruhan sistem kereta ini.

Kelebihan sistem aktif begini ialah kebolehupayaannya menerima sistem 3 hala dengan efisyen. Ah Chee memilih speaker terbaik premium Itali jenama AD atau Audio Developement. Di atas pillar ialah 2 unit tweeter AD MM1 dan 2 unit mid bass AD MM4 sementara untuk bahagian pintu dipasangkan dengan AD MM6. Speaker ini sahaja menelan belanja lebih empat angka dan pemasangannya pula dibuat beberapa kali untuk penyesuaian sudut bunyi terbaik. Hasilnya, sebuah sistem lengkap yang sangat jitu.

Kepadatan bunyi kesemua sistem ini diimbangi dengan penghasilan bass juga dari AD. Woofer ADMM12 dipasangkan di dalam but belakang dengan cara konvensional menghadap audiens. Walaupun hanya sebuah woofer digunakan, dengan penalaan yang sempurna (dan pemain aktif yang super-bagus) ia menjadikan kereta Civic ini sebuah pakej SQ yang lengkap.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 19

Previous Post

Miliki Kereta Mewah Untuk Keselesaan Dan Lambang Kekayaan

Next Post

Hitamnya Menawan Audionya Tak Terlawan

Next Post

Hitamnya Menawan Audionya Tak Terlawan

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved