Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Miliki Kereta Mewah Untuk Keselesaan Dan Lambang Kekayaan

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-05
in BULETIN, UTAMA
0

Mereka sangat terkenal, sangat kaya dan bukannya tokey kosmetik ataupun jutawan MLM. Dengan kekayaan yang mencecah USD100 billion (tak payah tulis dalam RM la nanti panjang sangat), mereka sebenarnya mampu membeli apa sahaja di dunia ini. Rumah agam, hypercar, jet peribadi, kereta kebal, helikopter tempur Apache, Nuri, Y15 edisi Movistar, Honda Fin, Myvi dan macam-macam lagi.

Tapi apakah kereta yang menjadi pilihan mereka? Adakah mereka gilakan Toyota Vellfire, Alphard recond dan Ford Mustang seperti usahawan muda baru up? Ataupun kekal menggunakan Volvo estate klasik seperti pengasas Ikea? Mari kita tengok senarai billionair terkenal dan kereta yang menjadi pilihan mereka. Dan satu perkara yang pasti mereka tidak perlukan rancangan realiti televisyen untuk menayang kekayaan.

Bill Gates
Pengasas Microsoft ini dikatakan mempunyai kekayaan bernilai USD99.4 billion dan merupakan seorang peminat Porsche sejati. Nampak tak? Tak semestinya orang muka skema suka pakai kereta EV. Sekitar tahun 80-an, kereta sport paling cool keluaran Jerman ialah Porsche 959 dan Gates juga mahukan sebuah.

Sebaik membelinya, Porsche tersebut tersadai di dalam depoh kastam AS kerana masalah perundangan selama hampir sepuluh tahun. Gates menunggu undang-undang berkaitan import individu kenderaan bersejarah diluluskan sebelum menuntut kereta tersebut dan kini menggunakannya hampir setiap hari.

Steve Ballmer
Bekas CEO Microsoft dan juga pemilik pasukan basketball Los Angeles Clippers. Kekayaannya beliau mencecah USD50 billion dan sering dilihat memandu Ford Fusion Hybrid yang sangat sempoi berbanding kekayaan beliau. Menariknya kereta tersebut merupakan hadiah dari Ford selepas kejayaan kerjasama Ford dan Microsoft dalam pengeluaran kereta yang dilengkapi dengan sistem Sync.

Vladimir Putin
Walaupun kelihatan amat bersederhana tapi rasanya semua orang tahu yang Putin memang seorang billionaire. Malah ramai pakar industri kewangan yakin yang beliau sebenarnya antara individu terkaya di dunia. Sebagai seorang rakyat Rusia yang patriotik, Putin turut memiliki kereta dari pengeluar paling bersejarah di Russia, Lada. Kenapa tidak, Lada memang murah dan dihasilkan khas untuk golongan bawahan di sana. Kat sini kereta apa yang baru dan murah?

Steve Jobs
Sewaktu beliau masih hidup, CEO Apple ini membuat satu perjanjian dengan sebuah syarikat sewa beli kereta untuk menggantikan kereta beliau dengan unit baharu setiap enam bulan. Ini ialah untuk mengelakkan kereta beliau menggunakan nombor pendaftaran. Sebelum ini undang-undang tempatan California memberikan tempoh 6 bulan kepada kereta baru sebelum wajib mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan.

Jobs mungkin tidak mahu perhatian dan beliau bukannya seperti setengah rakyat Malaysia yang gemar menggubah nombor plet supaya menjadi fancy dan menarik perhatian kononnya (perhatian JPJ kot). Jobs sukakan kereta yang sama dan kereta terakhir pilihan beliau ialah Mercedes SL55 AMG.

Alice Walton
Pewaris gedung membeli-belah Walmart ini mewarisi kekayaan hampir USD50 billion dan memiliki ladang seluas 3200 ekar di Texas. Sama seperti peladang lain beliau menggunakan trak pikap setiap hari dan kenderaan pilihan beliau ialah F-150 King Ranch. Nampaknya beliau turut mengikut jejak langkah ayahnya yang juga menggunakan F-150.

Larry Ellison
Pengasas Oracle dan salah seorang lembaga pengarah Tesla ni memang kaya raya. Beliau juga mengumpul pelbagai aksesori mewah seperti hartanah, kapal layar dan kereta. Antara koleksi terbaik beliau ialah sebuah McLaren F1 dan terbaru sekali dilihat memandu Lexus LFA.

Mark Zuckerberg
CEO dan pengasas Facebook dengan muka ulat buku ni memang kaya. Satu dunia dah tahu yang beliau sereing dilihat memandu Toyota Prius dan Golf GTI. Tapi beliau juga mempunyai sesuatu yang lebih laju dan eksotik di dalam garaj beliau, Pagani Huayra.

Donald Trump
Inilah presiden AS yang paling buruk perangai dan menganggap kereta-kereta Jerman dan Jepun sebagai pembunuh industri automotif AS. Yang kelakarnya beliau melamar isterinya sekarang dengan menghadiahkan sebuah Mercedes-Benz McLaren SLR.

Beliau turut memiliki sejumlah kereta import lain seperti Rolls-Royce, Lamborghini Diablo VT Roadster, Mercedes-Benz S600 Guard dan macam-macam lagi selain Cadillac Escalades. Hai boss, semua tu bukan model import ke?

Warren Buffet
Taikun media ini mungkin mempunyai kekayaan bernilai USD 88.4 billion tetapi beliau memang terkenal dengan sifat kedekut. Beliau cuma menggunakan sebuah Cadilac DTS keluaran 2006 sebelum anak perempuannya meminta beliau menukar kepada kereta yang lebih baru. Pilihan beliau? Sebuah Cadilac CTS yang dibeli dari kedai pengedar tempatan.

Jeff Bezos
Jeff Bezos merupakan CEO Amazon dan memang melampau kayanya. Kini beliau dikatakan mempunyai kekayaan bernilai USD150 billion. Macam mana boleh macam tu punya kaya? Salah satu mungkin kerana sifat kedekut dan mungkin juga sifat rendah diri. Kami pun tak tahu yang mana satu. Kalau tak takkan beliau masih menggunakan kereta Honda Accord keluaran tahun 1996.

Previous Post

Tanpa Perubahan Harga, RM124.8K

Next Post

Sebuah Pakej SQ Yang Lengkap

Next Post

Sebuah Pakej SQ Yang Lengkap

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved