Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Hitamnya Menawan Audionya Tak Terlawan

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-05
in SHOW OFF, UTAMA
0

Hitamnya, mempersona. Susuk tubuhnya, yang sedang-sedang saja. Sistem ICE pula, terangkat dibuatnya. Soal modifikasi bahagian lain adalah perkara kedua untuk pecinta ICE ‘tegar’. Ulang perkataan, “TEGAR”! Lihat saja pada kereta Myvi hitam pekat ini. Kalau mahu jadi pecinta ICE, seseorang itu perlu memiliki obsesi. Pendambaan terhadap bunyi luarbiasa. Jadi, siapa peduli tentang susuk tubuh kalau bunyinya menggegarkan?

Sebenarnya tugasan ini diterima sejak dua hari lepas tetapi tertangguh kerana otak dilanda simptom kekeringan idea. Ditambah pula trauma yang dialami dek kesesakkan lalu lintas setiap pagi. Perjalanan dari rumah ke pejabat yang tak sampai sejam rasa macam konvoi Perlis-Johor. Tambah sakit hati, pemain utama meragam. Azab! Itulah bahana beli barang murah. Sudahnya sumbat telinga dengan fon, sejuk juga hati dibuatnya.

Adakalanya, tersekat dalam kesesakkan lalu lintas ini seronok juga sebab dapat lihat gelagat orang sebelah menyebelah yang cuba menahan marah. Misalnya, minah kereta sebelah yang syok “head banging” sorang-sorang pagi tadi. Gelihati bila tengok minah bertudung jadi minah rockers! Bagus untuk dia sebab taklah marah-marah. Orang sebelah pula yang berasap tengok, sebab dia langsung tak beri peluang kereta lain mencelah.

Senario serupa pasti turut dihadapi setiap pemandu kereta yang ‘berjiran’ dengan kereta Myvi hitam ini di jalanraya. Dentuman dihasilkan tentu mengundang hati kecil yang mendengar untuk sama menyanyi dan berjoget. Pendek kata, ‘let loose and get jiggy with the music’ (menari ikut muzik!). Memang benar, itulah kelebihan kereta Myvi yang menerima sentuhan magis Super Sound Cool Tint & Car Accessories Shop ini.

Pertama kali bertemu kereta ini, perhatian terus ditarik ke bahagian kabin yang menempatkan pemain utama, yang bertugas selaku ‘pemberi’ nyawa kepada sistem ICE Myvi ini. Pemain utama dari jenama Pioneer, model DEH-3050MP telah digunakan. Dalam siri pemain Pioneer, model ini dianggap paling mudah dikendali, murah dan efisyen. Itulah yang diperlukan. Murah tetapi berkualiti. Peringatan untuk diri sendiri dan para pembaca.

Tidak bergerak sendirian, data yang dibaca pemain utama ini menghasilkan gelombang isyarat dan dipancarkan pula kepada 1 unit pre-amp 7 band dari America Sound US 7SMD. Menerusi pre-amp ini membolehkan pemilik membuat penalaan bunyi bass yang dihasilkan woofer diubah pada bila-bila masa. Untuk sistem ICE ini juga, Super Sound Cool Tint menggunakan khidmat crossover elektronik.

Aliran isyarat ini diteruskan lagi sebelum sampai kepada barisan speaker yang menjadi medan terakhir. Bagi memacu semua barisan speaker ini, sebanyak 5 unit amplifier telah digunakan. 2 unit amplifier 4 channel America Sound CS 60.4 digunakan untuk memacu barisan tweeter, horn tweeter dan mid bass 6”. Barisan speaker ini telah ditanam di bahagian belakang kereta Myvi ini. Manakala bahagian tempat duduk belakang telah dikorbankan untuk memberi ruang kepada amplifier-amplifier.

SONY DSC

Seunit amplifier 4 channel America Sound CS 60.4 telah memacu 4 unit mid bass America Sound CS 6.2C. Manakala satu lagi amplifier digunakan untuk memacu speaker-speaker yang terdiri dari 2 unit tweeter America Sound US 3.5SQ dan 4 unit horn tweeter America Sound US 30HT. Tweeter ini menghasilkan bunyi nyaring dan tajam sekaligus memberikan keseimbangan kepada bunyi bass yang dihasilkan oleh woofer dan mid bass.

SONY DSC

Selain penggunaan mid bass 6”, sistem ICE Myvi ini diperkayakan lagi bunyinya dengan penambahan 6 unit speaker range 2-way 6.5” juga dari America Sound US 6TW. Keenam-enam unit ini juga turut ditempatkan bersama-sama barisan speaker yang dinyatakan tadi, di bahagian belakang kereta. Ianya dipacukan pula oleh seunit amplifier 4 channel America Sound RS 100.4SMD.

Sebelum menutup sistem ICE kepunyaan Myvi hitam yang gah ini, satu unit line driver 2 channel digunakan dan disambungkan kepada 2 unit amplifier monoblock America Sound US 2500.1D. Setiap satu unit amplifier ini pula bertugas memberi kuasa yang diperlukan untuk memacu 2 unit woofer. Bagi memberikan keberkesanan dalam penghasilan bunyi bass yang diinginkan, woofer 12” US 12.1DM dari jenama America Sound telah menjadi pilihan.

Dan jika dikatakan modifikasi luaran kereta ini tidak menyerlah, mungkin anda perlukan tambahan kuasa pada kanta mata anda kerana walaupun ia ringkas tetapi ia tetap menarik. Lagipun, bukankah hitam itu menawan?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 19

Previous Post

Sebuah Pakej SQ Yang Lengkap

Next Post

Dominasi Lapan Unit Speaker Mid

Next Post

Dominasi Lapan Unit Speaker Mid

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved