Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Satria Kennon, bukan biasa biasa

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Merakam foto di luar (outdoor) memerlukan 3 kombinasi asas. Subjek, latarbelakang dan cuaca. Jarang sekali ketiga-tiga elemen ini dapat digabungkan melainkan kita dapat merancang situasi dan tentu sahaja memakan masa yang sangat panjang. Jurugambar profesional misalnya mengangkut pelbagai peralatan (seperti refektor dan pencahayaan) untuk mendapatkan efek yang sesuai, namun bagi sebuah penerbitan bertaraf sederhana untuk pasaran tempatan, kami telah membuat yang terbaik berdasarkan jadual kerja dan permintaan dalam pasaran.

Jadual kerja yang ketat tidak memungkinkan set-up yang terlalu serius. Justeru, menerbitkan majalah tepat pada masanya juga tidak kurang pentingnya. Apa yang paling penting ialah hidangan bahan bacaan yang tepat yang mana, mencarinya juga tidak senang. Dahlah mengatur waktu penggambaran juga susah, kadangkala masa yang ditetapkan juga terlalu pendek. Satria ini juga diambil dalam jangka masa yang terhad. Ianya akibat cuaca yang kurang baik ditambah dengan penangguhan kerja sebelah pagi.

Kereta ini memiliki riwayat pengubahsuaian audio yang panjang. Beberapa tahun sebelumnya, ia telah dipasangkan dengan sistem yang berbeza. Pengedarnya mengalihkan perhatian kepada satu lagi tuner untuk membina semula dengan rangkaian produk mereka yang lebih baru. Bila ia adalah produk baru, maka keseluruhan sistem yang lama dirombak secara total. Ia termasuklah kesemua mounting dan perumah, enclosure dan juga pendawaian.

Pemain utama kereta ini ialah Pioneer DEH-2150UB. That’s it (itu aje) mat salleh kata. Pemain ini tiada apa yang istimewa melainkan ia sebuah pemain CD dengan fungsi USB. Aturan sistem bunyi kereta ini juga disimpangkan kepada dua unit pre-amp KPE-7000 dan KPE-5000 dengan tujuan untuk memantapkan isyarat yang telah diproses di medan pemain utama tadi. Seperti yang pernah dikatakan berulangkali, pemasangan sesuatu sistem audio adakalanya memerlukan kepintaran dan semestinya, helah-helah yang bagus!

Penumpuan bunyi dibuat sepenuhnya di bahagian belakang. Memandangkan kereta ini memang tersedia dengan konfigurasi 2 tempat duduk gara-gara binaan sebelumnya. Ia memiliki asas padanan yang sesuai. Kekotak belakang yang mula menunjukkan tanda-tanda haus ditelan waktu telah digantikan dengan set baru.

Perumah baru ini direka untuk menempatkan enam unit woofer 12” Kennon KN-1265S. Corak tebatan yang dibuat juga mengambil kira ruang antara woofer dengan udara yang keluar. Agak sempit tetapi cukup kemas bila siap dipasang. Woofer ini mendapat bekalan kuasa daripada 4 unit amplifier monoblock Kennon KN-D1500.

2 unit amplifier 4 channel Kennon KN-1204 dipasangkan di bahagian but yang bertugas menghantar kuasa kepada semua mid dan tweeter yang dapat anda lihat pada foto Satria ini. Empat unit mid bass Kennon dipasangkan pada tailgate sebelah dalam (mustahil lah kalau dipasang di bahagian luar, betul tak?). Seperti biasa, perumah custom dibuat terlebih dahulu untuk menggantung speaker-speaker ini. Tersusun di antaranya ialah 2 unit horn tweeter Kennon.

Di kedua-dua sisi bahagian but pula direka dengan perumah berasingan untuk menempatkan 2 unit mid bass dan 2 unit horn tweeter dan 2 unit dome tweeter dari model yang sama. Untuk menyeragamkan kesemua pemasangan ini, warna hitam dipilih untuk melitupi setiap bahagian yang terdedah menggunakan PVC dan juga tiub ‘mesin basuh’ yang cukup popular. Simple tetapi praktikal dan murah!

Corak pembuatan kereta seperti ini sering menjadi cara selamat untuk melengkapkan sistem bunyi yang optimum. Namun begitu, walaupun kelihatannya mudah untuk dibuat, realiti untuk menyempurnakannya memerlukan banyak masa, tenaga dan kepakaran tinggi bagi mendapatkan penalaan yang terbaik pada keseluruhan sistem. Tiada maknanya anda ada susunan woofer yang berderet, tweeter berpuluh biji tetapi penalaan akhir tidak memuaskan. Ia seperti sebuah Ferrari dengan enjin Viva. Nampak gah tapi tidak boleh pergi laju.

Sepanjang majalah Kar HiFi berada di pasaran, kami telah melihat pelbagai jenis pengubahsuaian, fabrikasi dan juga corak yang berbeza. Tapi tidak dinafikan, jalan normal ini lebih selamat dan sudah tentu meyakinkan bakal pelanggan Kennon untuk melakukan sesuatu seperti ini.

 

Previous Post

Kenari dengan bodykit kayu, unik dan bebas

Next Post

Vios Coral SQ

Next Post

Vios Coral SQ

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved