Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result
SONY DSC

SONY DSC

Kenari dengan bodykit kayu, unik dan bebas

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kalau anda ke Johor Bahru dan pernah berkunjung ke mana-mana pertandingan autoshow, saya amat pasti anda pernah melihat kereta ini. Sejak 10 tahun yang lalu, Kenari ini telah menjuarai banyak pertandingan, memungut berpuluh piala dan merantau semenanjung Malaysia menyertai banyak pameran. Kereta ini merupakan antara muka lama dalam dunia autoshow yang dibina oleh pihak Arashi Aerodynamic, lama sebelum mereka merekabentuk Mercedes GT putih seperti yang kami paparkan dalam keluaran yang lalu.

Apakah yang menjadikan kereta ini istimewa? Corak modifikasinya. Rata-rata modifikasi kereta K-Car seperti ini cenderung kepada penyalinan panel badan model JDM (Japan Domestic Market). Trend begini sangat dominan hingga ke hari ini dan masih dilihat sebagai jalan keluar terhadap gaya modifikasi konvensional. Namun yang demikian, pengikut kit badan custom agak besar juga. Ia terdiri daripada pembuat kit badan custom ataupun ‘meminjam’ idea daripada pereka bodykit dari pembuat bodykit aftermarket Jepun.

Sebelum berubah menjadi ‘kayu’ Kenari ini telah melalui proses pengubahsuaian yang berbagai gaya. Malah ketika proses awal modifikasi, sistem audionya tidaklah secanggih yang dapat kita tatap hari ini. Arashi lebih menumpukan kepada pembinaan kit badan custom dengan rekaan bebas. Ia sebagai salah satu cara promosi perniagaan mereka dan mula mengalihkan perhatian kepada sistem audio pula.

Sistem yang dibina pada kereta ini menampilkan penggunaan unit utama daripada Pioneer menerusi model DEH-3150DVD. Pemain ini mungkin kurang popular berbanding siri 2-din Pioneer yang lebih dilihat praktikal. Tapi untuk untuk penggunaan biasa, untuk autoshow dan pertandingan, monitor in dash 7 inci bukanlah menjadi daya tarikan sangat.

Di dalam ruang but Kenari ini ialah monitor atau lebih tepatnya TV skrin LCD jenama LG bersaiz 32 inci. Saya kira, ini adalah saiz paling besar boleh dimuatkan pada kereta ini. Melainkan anda letakkannya dalam posisi vertikal, bolehlah pakai 42 inci agaknya. Monitor ini dipasangkan dalam perumah custom bersama dengan 3 pasangan speaker mid yang ‘mengapit’ kedudukan monitor supaya lebih stabil.

Pemain Pioneer tersebut menghantar isyarat kepada 2 unit tapisan bunyi iaitu 2 buah pre-amp PQ4 dari Performance. Dari sini, isyarat dibahagikan kepada 3 saluran utama untuk sistem bunyi dalaman yang berbeza. Saluran pertama diarahkan kepada power amplifier Performance PF-854, amplifier 4 channel yang menghantar kuasa kepada enam buah mid dan empat tweeter. Mid tersebut ialah PF6.5 yang bersaiz 6.5 inci dan tweeter PF25, tweeter bersaiz 2.5 inci. Gabungan speaker mid ini dipadankan pada bahagian kargo dalam perumah custom yang dibina dengan cukup versatil. Maksud saya, masih ada ruang untuk menyimpan barang!

Laluan kedua ialah output yang dihasilkan oleh power amplifier Performance PF-852. Amplifier ini bertugas menghantar kuasa kepada PF-6.5, namun berbeza dengan unit susunan pertama tadi yang didatangkan secara berasingan, saluran ini dipasang secara ‘bridgeable’ dengan sepasang untuk komponen 6.5 yang datang dengan tweeter dan crossover pemotong frekuensi. Speaker tersebut dipasangkan pada pintu but belakang Kenari dalam perumah gentian kaca yang dikongsi bersama dengan sepasang woofer 12 inci Horizon. Manakala, sepasang lagi mid bass dari jenama Polk Momo telah dipasang di pintu hadapan kereta bagi memberi bunyi keseluruhan dalam kereta.

Corak pemasangan woofer tersebut bukanlah cara yang terbaik kerana ruang kedapan udaranya agak terhad berbanding perumah buatan kayu. Akan tetapi jika mengambil kira faktor ruang dan corak pemasangan yang cuba ditonjolkan, ternyata dentuman bass tidak langsung menghampakan. Kedua-dua Horizon 12 inci tersebut menerima bekalan kuasa daripada Performance PF-1700.1, amplifier kelas D yang juga merupakan amplifier monoblock.

Bodykit yang dipasangkan pada kereta ini merupakan kerja bebas sepenuhnya yang dilakukan sendiri oleh krew Arashi. Mengambil ilham stail loco di Jepun, panel badan asal Kenari telah ditambah menjadi lebih kembang dan labuh ke bawah. Liang-liang udaranya ditutup, sementara liang roda dikemaskan dengan kit tambahan. Akhir sekali efek kayu dikenakan pada keseluruhan badan.

Bahagian dalaman juga menerima tema yang sama. Hampir segenap inci bahagiannya disalut dengan heat transfer yang menampilkan imej ‘wood grain’ sepenuhnya. Tempat duduk dibalut dengan kulit polka ala VIP. Peralatan tambahan yang dipasang termasuklah meter informasi Defi, PEXI SAFC dan pemasa turbo. Ruang tempat duduk belakang kini diambil-alih oleh set hidraulik tong udara Air Cruiser, sistem suspensi udara kereta ini.

Selain itu, keistimewaan kereta ini bukan semata-mata terletak kepada bodykit, interior mahupun sistem audio. Kereta ini turut diselitkan dengan sistem haudralik Air Cruiser dan juga sistem mainan Wii. Sistem haudralik ini bukan sahaja mampu membuatkan kereta ‘menari’, ia turut mengelak kereta dari hanyut dalam banjir dek spring yang di pasang pada keempat-empat tayar. Sistem mainan Wii pula memberikan keseronokan bermain seakan berada dalam situasi yang sebenar. Hebat bukan?

Keseluruhan pengubahsuaian kereta ini berjaya mengubah rekaan konvensional Kenari kepada sebuah objek yang mengagumkan. Percayalah, kereta ini tampak lebih anggun dalam dunia sebenar berbanding yang dirakamkan foto. Walaupun anda menggunakan khidmat jurugambar paling profesional sekalipun!

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Previous Post

Alza Mohawk

Next Post

Satria Kennon, bukan biasa biasa

Next Post

Satria Kennon, bukan biasa biasa

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved