Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Alza Mohawk

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-23
in SHOW OFF, UTAMA
0

Pihak NTC Audio mempunyai idea yang menarik apabila mereka bermesyuarat kali pertama membincangkan kereta apa yang bakal dipilih menjadi kenderaan demo berikutnya. Anda mungkin pernah melihat beberapa buah Civic, Fairlady, Wira dan Kenari yang menjadi kenderaan peragaan NTC Audio untuk produk mereka. Mohawk adalah jenama yang paling popular di kalangan barisan audio yang dipasarkan oleh syarikat ini. Oleh yang demikian, tidak hairanlah, mereka sentiasa berusaha mempersembahkan sesuatu yang baru untuk pelanggan dan bakal pelanggan mereka.

Perodua Alza dipilih ekoran saiznya yang kompak dengan ruang dalaman yang luas. Bila kereta ini mula masuk ke perkarangan butik untuk diubahsuai, pelan rangkanya sudah ditetapkan. MPV ini akan ditukar menjadi wagon dan kemudiannya ruang kargo belakang mestilah datang dengan peralatan yang minimum. Dekorasi perlu lengkap tapi praktikal sebagai kereta kegunaan harian dan dentuman bass bukanlah boleh biasa-biasa sahaja. Pening juga bila nak buat berdasarkan teori tersebut.

Kelebihan saiz Alza memberi banyak ruang kepada NTC membina sesuatu yang baru. Antaranya pengurusan staging belakang yang dibuat dengan memasang speaker pada perumah yang digantung pada kolum cermin. Ia mungkin kelihatan aneh pada lakaran tapi bila dipasangkan di posisi yang dikehendaki, ia kelihatan sangat kemas, seolah-olah opsyen yang boleh anda pilih ketika membeli sebuah Alza baru dari kedai.

Inovasi yang dicurahkan pada kereta ini melingkupi banyak aspek. Untuk lebih mudah difahami, kita lihat susun atur bermula dengan pemain utamanya. Pemain utama kereta ini ialah Alpine IVA-D800e, pemain 1DIN Dengan monitor TFT binadalam ini menggantikan konsol tengah yang dilapikkan dengan plet alumium sebagai cagak luarannya. Pemain ini mendapat pemproses PXA H800 yang merupakan nadi kepada sistem bernisbah 5.1 ini.

Saliran kuasa dan isyarat bunyi disambungkan pada 4 buah amp. 3 daripadanya bertindak sebagai pemproses mid dan 1 untuk woofer. Pembekal kuasa kepada mid ini pula terdiri dari 2 model berbeza iaitu 2 unit Mohawk MP500.4 dan sebuah MP500.2. Kesemua amp ini disusun kemas di bahagian kargo belakang di mana tempat duduk baris ketiga telah ditanggalkan terlebih dahulu. Bila anda membuat sebuah kereta demo, apa yang penting ialah produk mudah dilihat ketika kereta dipamerkan. Pada Alza ini, ruang dan corak pemasangan amp membolehkan perkakasan lain seperti kabel copper untuk grounding dan pemproses Alpine tadi diperagakan dengan bergaya.

Kita tumpukan dahulu pemprosesan bunyi mid bass dahulu. Bahagian papan dashboard Alza menjadi tumpuan dekorasi pertama dengan proses pembikinan semula. Bahagian atas papan pemuka dibalut dengan secebis kulit suede untuk melindungi kelongsong tengah dan juga ruang nozel penghawa dingin. Namun bukan itu tujuan utamanya. Matlamat asalnya ialah merekabentuk perumah khusus untuk speaker tengah MP6.2 yang juga set komponen berasing dan keseluruhan sistem bunyi keliling yang cuba direka. Tanpa balutan suede ini saya percaya, memasang mid berdiameter 6 inci itu pasti menjadi cabaran yang paling rumit.

Setelah mendapat dekorasi yang dikehendaki, bahagian sisi pula diberikan berhatian. Di kedua-dua penjuru dashboarad Alza ini ialah perumah yang memegang speaker MP6.3. Set komponen ini terdiri daripada 3 speaker berasingan iaitu mid 6 inci yang keihatan pada penjuru dashboard dengan kubah menghadap cermin depan, mid 4 inci dan sepasang tweeter yang dipasangkan pada perumah berasingan. Perumah ini kemudiannya dilekatkan pada pasangan tiang A hadapan.

Sokongan bunyi di bahagian belakang datangnya dari sepasang perumah yang memegang speaker komponen MP6.2. Seperti yang saya maklumkan tadi speaker ini berada pada kedudukan ‘satellite’ yang mana jarang sekali pembina audio memilihnya. Ia membolehkan bunyi belakang tiba ke tengah dengan efisyen tetapi ada 1 keburukan. Ia betul-betul di tepi telinga penumpang belakang.

Pembinaan Alza ini nampaknya cukup serius untuk sebuah kereta keluarga yang dijadikan demo. Tapi sudah pastilah tidak lengkap kalau tidak ada bunyi bassnya. Pihak NTC mencuba sesuatu yang baru dengan mengeksploitasi bahagian konsol tengah dan lantai hadapan yang sememangnya kosong. Untuk pengetahuan anda, tombol gear Alza terletak di papan pemuka dan brek parkirnya di kaki kiri.

Penggunaan ruang ini membabitkan pemotongan bahagian seat tengah Alza. Seat asal Alza direka dengan posisi ‘bench’ yang mana bersambung antara kiri dan kanan. Setelah bahagian tengah seat dibuang, satu ukuran telah diambil dan perumah khas telah dibina dengan bahan gentian kaca berdasarkan lokasi khusus. Jika saya tidak dimaklumkan, saya juga tidak tahu bahawa konsol itu adalah peralatan tambahan. Di dalamnya ialah sebuah sub woofer Mohawk MP10-44 yang mendapat bekalan kuasa dari amp MP1200.1. Dentumannya memang boleh dijangka bila sub hanya berada beberapa kaki dari pemandu!

Ini bukanlah kereta audio yang paling ekstrim dibuat untuk sebuah Alza. Bukan itu yang cuba NTC ketengahkan. Mereka mahu pelanggan melihat menjustifikasi kaedah permainan audio dari perspektif berbeza. Peralatan dan cara kerja pada Alza ini mungkin ramai yang boleh buat, tapi saya tetap akan akui bahawa kereta ini cukup kemas buatannya. Sekali sekala, tengok kereta audio tanpa LED ni mampu menyejukkan mata. Anda bagaimana?

Previous Post

Blaupunkt Air Purifier AP 1.0

Next Post

Kenari dengan bodykit kayu, unik dan bebas

Next Post
SONY DSC

Kenari dengan bodykit kayu, unik dan bebas

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved