Sejak bermulanya trend pengubahsuaian dan kerja-kerja restorasi kereta, semakin banyak perniagaan muncul bagi memenuhi kehendak dan permintaan pasaran. Walaupun ekonomi bergerak perlahan, ia tidak menghalang para pengguna berbelanja demi memastikan kereta kesayangan berada dalam keadaan yang baik dan selesa. Renzmark, salah satu perniagaan yang terus aktif dan sedia memberikan perkhidmatan terbaik khususnya untuk para pemilik kereta yang mahukan hasil berkualiti tinggi.

Beroperasi di Bandar Putra Permai, Renzmark menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk pemasangan sarung atau kusyen kereta, perapian pintu kereta, papan pemuka kereta, stereng, atap dan macam-macam lagi. Dianggotai oleh tenaga kerja berkemahiran tinggi, Renzmark menggunakan mesin khas berteknologi terkini dalam kerja-kerja pembuatan yang berfungsi untuk memotong mengikut ukuran yang dikehendaki dengan tepat, seterusnya menghasilkan produk berkualiti tinggi.


Sekiranya berminat, kunjungi mana-mana kedai aksesori berdekatan anda. Ubah imej sedia ada dalam kereta anda agar tampil lebih elegan dan sempurna dengan identiti jenama Renzmark.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Renzmark Sdn Bhd
No Tel : 03 – 8999 1773, 010 – 662 6121
016 – 233 3536 (Frankie Wong)
016 – 661 7939 (Maggie)



























