Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Gen2 Rockford Fosgate Sound Redefined

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Jarang-jarang berlaku sebuah kereta biasa mahu melakukan ubahsuai seperti ini. Kalau tidak salah saya, ini adalah kali pertama saya temui sebuah kereta penumpang biasa menggunakan peralatan yang serba berjenama. Bukan sahaja audionya, tetapi penjenamaan ini dilakukan hampir pada setiap bahagian dalamannya. Sayangnya, badan kereta ini tidak berpelekat, jika tidak saya yakin pengedar jenama ini akan menjadikan kereta ini sebagai kereta demo rasmi mereka.

Segalanya dibuat berdasarkan minat yang tinggi terhadap apa yang disangkanya satu hobi sementara. Pemiliknya seorang anak muda, baru menceburkan diri dalam perniagaan dan mempunyai minat yang tinggi dalam industri muzik. Akhirnya, kereta harian yang dipandu semenjak setahun lalu telah berubah rupa menjadi ‘juke box’ bergerak yang menarik untuk dipertontonkan.

Mengambilkira pelbagai aspek sebelum memutuskan pemilihan terbaik bagi unit sistem, kereta ini ditinggalkan di premis Autogain Car Accessories & Entertainment untuk mendapatkan khidmat pemasangan. Seperti yang dicadangkan installer, kereta ini terus dipadankan dengan pemain utama Pioneer DEX-P99RS. Ia kemudiannya digandingkan dengan unit pemain Dvd Pioneer AVH-P5350DVD.

Kombinasi ini menjadikan sistem asas audio dan visual Gen2 ini pada kelasnya yang tersendiri. Sekarang, tinggal memilih alatan yang betul untuk mengekstrak bunyi yang sepadan dengan hasil pemprosesan pemain tadi. Silap memilih bermakna segala yang dilakukan pada awal tadi akan jadi sia-sia. Tumpuan pembinaan kereta ini bergantung sepenuhnya pada peralatan Rockford Fosgate. Jenama Amerika ini hampir tidak kedengaran sekarang tetapi sebenarnya ia masih menghimpunkan segelintir peminatnya yang tersendiri. Percaya pada keutuhan jenama ini, kesemua peralatan dari amplifier, kabel RCA, woofer dan speaker didatangkan dari jenama yang sama.

Sebanyak 4 unit amplifier digunakan dalam sistem kereta ini. Ianya terdiri daripada 2 unit Rockford Fosgate amplifier 4 channel T600.4, seunit amplifier 2 channel Rockford Fosgate T600.2 dan seunit amplifier Rockford Fosgate T1500-1BD. Pembinaan pula diselaraskan dengan pembahagian bahagian hadapan melibatkan komponen yang dipasang pada pillar dan panel pintu. Ia adalah sistem 3 hala yang unik kerana ia memfokuskan kepada ESQL. Set hadapan terdiri daripada set komponen Rockford Fosgate T3652-S dan tweeter yang dihubungkan bersama mid 3” Morel CDM-88. Satu-satunya bukan dari jenama Rockford Fosgate. Masing-masing dikuasakan amplifier 4 channel Rockford Fosgate T600.4 dan amplifier 2 channel Rockford Fosgate T600.2.

Jadi adakah bunyinya akan jadi cacamerba tanpa equalizer luaran?

Sudah tentu tidak. Terima kasih kepada P99-RS tadi yang bertanggungjawab membahagikan frekuensi setiap speaker tadi. Kebolehannya sebagai pemain aktif multi-saluran menyelesaikan masalah ini. Seterusnya, pemain ini juga bertanggungjawab melaras bunyi di belakang di mana 2 unit tweeter dan 4 unit speaker komponen Rockford Fosgate T1692 dipasangkan.

Tujuan penalaan sebegini biasanya untuk membahagikan staging bunyi agar sekata. Untuk belakang, speaker ini dikuasakan seunit lagi amplifier 4 channel Rockford Fosgate T600.4. Manakala akhir sekali ialah seunit woofer 12” Rockford Fosgate T2D212 dipasangkan dalam sebuah kotak binaan custom yang dibalut fabrik hitam. Bagi seunit woofer ini, cukup dengan hanya menggunakan seunit amplifier Rockford Fosgate T1500-1BD.

Seperti yang lazim dibuat, bahagian but ini tidak ketinggalan dihiaskan dengan sekata. Platform bawah lantai but ini dibuat dengan membina bilik-bilik khusus untuk menempatkan amplifier yang dipasangkan tadi. Seterusnya ia dilapiskan dengan perspek yang dicat dengan abstrak logo Rockford Fosgate. Disebabkan saiz but kereta ini yang kompak, posisi woofer mendominasi ruang dan menyebabkan penjenamaan Rockford Fosgate terjejas. Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, pemiliknya meluaskan penjenamaan ini dengan membalut semula tempat duduk hadapan dan karpet lantai dengan logo RF yang unik.

Secara keseluruhan, pembinaan kereta ini menemui matlamat akhirnya sebagai kereta dengan satu jenama ulung diikuti kombinasi kerja pemasangan dan penalaan yang mantap. Semuanya dilakukan demi rasa cinta pemiliknya pada kenderaan, jenama dan juga hobi yang tidak pernah berhenti. Dengar khabar, nak ditingkatkan lagi. Memang enak kalau banyak duit, bukan?

Previous Post

Archive : Awesome Trio

Next Post

Renzmark

Next Post

Renzmark

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved