Baru-baru ini, Pertubuhan Perniagaan Aksesori Otomotif Malaysia (Automotive Accessories Traders Association Of Malaysia) telah menganjurkan sebuah seminar Introduction to MS 2696 : 2018 Motor Vehicle Aftermarket – Service and Spare Parts (2S). Bertempat di Petaling Jaya, seminar yang diadakan pada 9 Jun lalu ini dikendalikan oleh En. Tan Choon Yap dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan terhadap konsep kecekapan tenaga manusia (Manpower Competency) serta memahami keperluan MS 2696:2018. Selain itu, menegaskan kepentingan MS 2696:2018 dalam sektor perkhidmatan selepas jualan dan memupuk budaya kerja berkualiti tinggi, seiring dengan keperluan undang-undang serta keperluan pengguna mengikut perancangan organisasi. Bermula seawal 9.00 pagi dan berakhir sekitar 2.00 petang, para peserta yang meluangkan masa hujung minggu dengan menghadiri seminar ini telah menerima sijil penyertaan.




























