Renault Zoe EV Percuma?
Tahukah anda, sebuah pekan terpencil di wilayah Ariege yang terletak di Perancis iaitu di Appy dapat memiliki kereta elekrik secara percuma. Namun begitu, pemberian secara percuma model Renault Zoe ini bukanlah untuk selama-lamanya tetapi ia merupakan sebuah program elektrik inovatif syarikat Renault. Program ini melibatkan semua penduduk dan membolehkan mereka menggunakan EV tersebut selama tiga tahun!
Menurut laman web, populasi penduduk di kawasan ini hanya seramai 25 orang dan tidak diketahui bilangan jumlah kenderaan yang diberikan syarikat Renault. Ia dilihat sebagai salah satu eksperimen bijak yang dijalankan syarikat Renault ke atas pekan yang kecil. Selain itu, penduduk yang menerima Zoe ini turut dibekalkan pengecas rumah dan sudut pengecasan awam di pekan mereka.
Bagi makluman, apabila disambungkan kepada pengecas DC, bateri 52 kWh pada ZOE boleh dicas selama 30 minit untuk jarak pemanduan 145 km. Dengan ciri-ciri baharu seperti bahan kitar semula digunakan pada model tertentu, kluster instrumen digital 10 inci, sistem infotainment didatangkan dengan skrin sentuh EasyLink terkini dan pilihan ADAS (Advanced Driver Assist Systems).
Model Renault Zoe berjaya meningkatkan jualan di Eropah sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini kepada 37,540 unit.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ