Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sambutan Hari Kemerdekaan Tetap Diadakan

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-07-27
in BULETIN, UTAMA
0

Sambutan Hari Kemerdekaan Tetap Diadakan

Ancaman pandemik COVID-19 yang masih berterusan bakal menyaksikan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada tahun ini dilangsungkan secara sederhana. Kerajaan memutuskan tiada acara perbarisan pada 31 Ogos seperti kelaziman berikutan negara masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selain, berlaku peningkatan kes positif COVID-19, sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun beberapa acara tetap diatur termasuk sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara bermula 9 Julai lalu serta pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, esok.

Tema tahun ini ‘Malaysia Prihatin’ membawa pengertian yang cukup mendalam dengan perkataan ‘Malaysia’ menggambarkan kerjasama seluruh rakyat di negara ini yang berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.

‘Prihatin’ pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Sempena acara pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang nanti, Muhyiddin dijadual menyampaikan amanat untuk semua rakyat Malaysia. Ia akan diikuti upacara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu Negaraku diiringi pancaragam Angkatan Tentera Malaysia sebelum persembahan lagu tema sambutan kali ini Malaysia Prihatin oleh kumpulan Pentarama, Jabatan Penerangan Malaysia.

Perdana menteri kemudian akan melepaskan Info On Wheels (IOW) Merdeka. Program IOW Merdeka dilakukan untuk menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan rakyat pelbagai peringkat, hebahan mesej kenegaraan, menggalakkan orang ramai untuk mengibarkan Jalur Gemilang di samping sebahagian pengisian Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020.

Selain pelancaran tersebut, dua lagi acara utama yang akan turut diadakan ialah Sambutan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos dan Sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak pada 16 Sept. — BERNAMA

Previous Post

Harga RON95, RON97 Turun 4 Sen

Next Post

Renault Zoe EV Percuma?

Next Post

Renault Zoe EV Percuma?

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved