Dianjurkan oleh Geng Warikh dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Seremban dan Mesamall, program Derma Darah Geng Warikh ini merupakan kali ketiga diadakan. Bertempat di Lot 13865, persiaran Ilmu BBN Nilai, program yang berlangsung pada 23 Februari lalu ini mendapat sambutan menggalakkan dari ahli-ahli kelab yang turut hadir menyemarakkan lagi acara tetap tahunan Geng Warikh ini.Tahniah diucapkan kepada semua Geng Warikh yang berkesempatan menderma darah dan hadir sebagai tanda sokongan serta sentiasa memberi komitmen tinggi terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Bagi makluman anda, program ini berjaya melepasi sasaran penderma. Sekali lagi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada urusetia dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.