Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Wira, Kingdom of ICE

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Hobi atau minat tidak selalunya bermula dari kecil kerana adakalanya ia datang sedikit lewat. Mungkin ia bermula ketika di usia remaja dan tidak kurang juga lebih lewat dari itu, bergantung kepada pendedahan serta pengaruh rakan-rakan dan perkembangan semasa. Ada juga yang berkongsi minat dan hobi secara turun-temurun. Jangan tak tahu, bukan harta sahaja yang boleh diwarisi, hobi dan minat pun juga tidak mustahil dikongsi dari generasi ke generasi. Sebagai contoh, hobi yang selalu diwarisi dan kisahnya kerap didengar tentu sekali memancing, bermain motosikal, mengumpul barangan antik, melancong dan tidak kurang juga memburu.

Cepat atau lambat, itu tidak penting. Apa yang penting, adakah minat itu mampu dilaksanakan seperti yang diidamkan dan dalam masa sama dapat memberi kepuasan? Tambahan pula, terdapat beberapa perkara baru sahaja muncul tetapi dengan sekelip mata ia menjadi ikutan dan meninggalkan pengaruh yang amat kuat. Salah satu kisah yang dikongsi dalam ruangan ini adalah tentang pencinta dunia audio yang sedikit berusia dan mula minat serta aktif melibatkan diri dalam pelbagai acara audio di tanah air. Kisah saudara Nazarudin Shah, seorang usahawan ais dan kereta miliknya, Wira Kingdom of ICE.

Berusia 50 tahun, Nazarudin atau Naza mula berjinak-jinak di persada dunia audio kereta Malaysia lebih kurang sepuluh tahun lalu. Hampir sama usia perkhidmatan saya di majalah Kar HiFi setakat ini. Masih segar dalam ingatan ketika mula bertugas untuk majalah audio kereta pertama berbahasa Malaysia ini, saya kerap diberi tugasan luar untuk membuat liputan aktiviti-aktiviti dunia audio yang rancak diadakan. Malah, sistem audio yang dipasangkan memang luar biasa dan mendorong saya untuk mengkaji dan mencari lebih banyak bahan bacaan memandangkan ia kali pertama saya bertugas di majalah audio kereta.

Tidak melampau jika dikatakan ia merupakan zaman kemuncak dunia audio dan menyaksikan kelahiran para pencinta audio tegar termasuk saudara Naza yang berasal dari Gurun, Kedah ini. Pengalaman beliau dalam dunia audio yang sudah sedekad diterjemahkan ke atas Wira yang dilengkapi dua sistem audio, di bahagian dalam dan belakang. Sudah lama tidak menemui sistem yang sarat aksesori audio. Peluang ini digunakan untuk melihat sistem audio berganda yang dipasang oleh UTI Audio. Bermula di bahagian dalam, sistem ini didahului 2 unit pemain utama, JVC dan Kenwood yang disusuli dua unit amplifier 4 channel Audio Quart. Kedua-dua amplifier ini kemudiannya menguasakan barisan speaker yang terdiri dari 8 unit mid 6” kingdom, 6 unit tweeter dan 2 unit speaker PA 8” juga dari Kingdom.

Selesai sistem audio di bahagian dalam dan beralih pula ke bahagian audio yang dipadatkan di bahagian belakang. Dilengkapi perumah khas pada bahagian bootlid yang menempatkan barisan speakar dari 6 unit mid 6” Kingdom dan juga 4 unit tweeter yang disusun kemas dan teratur. Kesemua speaker ini dikuasakan dua unit amplifier 4 channel. Bagi mendapatkan bunyi yang cemerlang, pihak UTI Audio turut memasang 2 unit pre-amp 10 band dan 7 band dari Sound Match. Sebagai pelengkap dan memberi keseimbangan kepada setiap bunyi yang dihasilkan setiap speaker, dua unit woofer 12” Kingdom yang ditempatkan dalam perumah dengan penutup kaca arkilik secara terbalik untuk mendapatkan bass yang lebih padu. Kedua-dua woofer ini dikuasakan pula oleh seunit amplifier monoblock.

Kecemerlangan kedua-dua sistem audio yang dipasangkan pada Wira ini tidak akan sempurna tanpa kemasan dan hiasan yang sepadan. Seperti kebanyakan kereta-kereta audio dan autoshow lain, Wira ini juga menjalani modifikasi menyeluruh termasuk sudut interior, eksterior dengan pelekat Naza Ice iaitu gelaran yang diberikan kepada beliau. Bagi sudut prestasi pula, beliau memasang 3 unit meter model DEFI dan menambah aksesori hiburan dalam kereta dengan pemasangan 7 unit monitor 4”, seunit monitor 7” dan 1 unit tv berukuran 7” model TL China. Lebih menarik dan istimewa pada Wira ini adalah pemasangan sunroof. Apa lagi yang boleh dilakukan untuk pengubahsuaian atau sudah cukup setakat ini? Apa pendapat anda? Hanya saudara Naza ada jawapannya.

Previous Post

Program Derma Darah Geng Warikh

Next Post

Throwback : Konvoi Jelajah Terjah EOCMotorsport 2018

Next Post

Throwback : Konvoi Jelajah Terjah EOCMotorsport 2018

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved