Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Penyatuan Ideologi Sistem Audio & Teori Praktikal

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-03-13
in SHOW OFF, UTAMA
0

Tidak ada satu pun syarikat automotif yang memahami kehendak pasaran berbanding Toyota. Dari rangkaian ‘forklift’ kepada jentera mesin rumput, pacuan 4 roda kepada kereta hybrid, Toyota memenuhi keperluan permintaan dari segenap segi. Toyota adalah sebuah syarikat dengan fokus automotif yang dipelbagai, diperhalusi malah pasaran yang pesaingnya lihat ‘niche’ telah dibuktikan bahawa ianya bakal berkembang bila konsep diperkenalkan dengan betul. Sudah tentulah dengan kualiti dan kuantiti yang seiring.

Toyota Innova dan Avanza adalah 2 contoh MPV moden yang dikhususkan untuk pasaran Asia dunia ketiga. Di Malaysia, Avanza pada masa dilancarkan menjadi MPV paling laris dalam kelasnya (sebelum adanya Cherry, Exora, Alza) Innova mungkin kurang berjaya di sini tetapi ia MPV paling laris di Filipina dan Indonesia. Realitinya, Toyota mengetahui apa yang mereka bina dan apa yang dijualnya.

Walaupun dibina berdasarkan casis sebuah trak (Hilux), Innova mendapat sambutan di kalangan mereka yang berbajet sederahana yang ingin memiliki sebuah MPV baru jenama Jepun. Innova hitam yang dipamerkan ini adalah contoh bagaimana sebuah kenderaan keluarga boleh digarap dengan teknik pengubahsuaian audio betul tanpa perlu mengorbankan saiznya. Pemiliknya agak berusia (saya kira sebaya bapa saya) tetapi memang minat dunia audio kenderaan tanpa sempadan!

Sebagai permulaan, MPV ini dipasangkan dengan pemain Dvd 2-din dengan skrin sesentuh Pioneer model AVH-P4450BT. Susunan terhadap sistem bunyi kualiti (Sound Quality) jelas dapat dilihat dengan pengagihan bunyi pada 3 speaker di depan. Walaupun penalaannya agak rumit, sistem 3 hala ini mampu memberi kesan akhir SQ yang konsisten, apatah lagi mengambilkira ruang kenderaan kelas MPV sebesar Innova.

Penyebaran bunyi dari pemain utama ini bermula dengan set penalaan yang dibuat menerusi alat line driver 6 channel dari America Sound, Reference Series RS6LD. Fungsinya hampir sama dengan pre-amp tetapi line driver secara khusus memiliki jangkauan frekuensi yang lebih lebar dan penalaan yang lebih tajam. Dari sini, isyarat dipecahkan kepada crossover aktif 3-way Memphis 16-X03 yang memecahkannya kepada 3 unit amplifier yang berbeza. Menstabilkan laluan kuasa kepada 3 amplifier ini ialah AQC4.OF, kapasitor digital dengan jalinan 4 farad.

Kita lihat susunan di hadapan terlebih dahulu. Set di atas A Pillar ini merupakan unit speaker mid 3” Audio Quart AQ-M3HQ dan tweeter AQM. Ia mendapat kuasa dari amplifer yang berbeza di mana mid 3” memperoleh kuasa dari seunit amplifier 2 channel digital Audio Quart AQ-FD802 sahaja. Tweeter pula mendapat kuasa dari amplifier digital 4 channel Audio Quart AQ-FD804 yang mana 2 lebihan saluran dari amplifier dipadankan pada speaker mid 6” AQ-C653HQ yang dipasangkan pada panel pintu. Disebabkan sistem bunyi diasing sepenuhnya menggunakan crossover tunggal dari pemain utama, teknik penalaannya tidaklah begitu sukar.

Memasang woofer di bahagian hadapan seperti rekaletak sebuah Estima bukanlah satu pilihan bagi kenderaan berpacuan belakang seperti Innova. Longkang shaft tengahnya merupakan halangan besar untuk membuat kekotak custom malah kedudukan gearnya sama seperti sebuah kereta juga menjadikan penempatan woofer bersaiz 12” adalah mustahil di mana-mana bahagian kabin hadapan. Jika berjaya sekalipun, pasti penumpang akan bersedih hati kerana sebaran bass hanya tertumpu di hadapan sahaja. Justeru, pemiliknya mengambil keputusan membuat pemasangan tradisional di bahagian bagasi belakang.

Woofer AQ-1212 ini dipasangkan secara reverse untuk memberi impak bunyi yang solid tetapi meluas bila frekuensi dianjak pada kepada getaran dB yang rendah. Terima kasih kepada pemain Pioneer tadi yang mempunyai keluaran kawalan woofer berasingan dengan RCA khusus dihalakan untuk woofer ini. Membekalkan kuasa secukupnya menjadi tanggungjawab amplifier monoblok AQ-HC5D yang dipasang dalam perumah khusus dengan perspeks bersama dengan amplifier dan line driver tadi. Disebabkan konfigurasi kerusi belakang Innova yang dilipat ke sisi, pemasangan sebegini menjadi sudut kosmetik sepenuh masa tanpa mengganggu proses turun naik kerusi barisan ketiga ini.

Menyatukan ideologi sistem audio dengan teori praktikal mungkin perkara terakhir yang dibuat oleh kaki audio yang benar-benar mahukan sistem yang berdentum-dentam. Sudah tentu, bilangan woofer menjadi halangan utama tapi bagi sistem SQ, ia adalah berkenaan komponen dan juga penalaan. Gabungan produk, pemasangan dan talaan yang betul menjadi idaman semua orang. Dan salah seorangnya ialah saya!

Previous Post

Pakej Lengkap Suntikan Dream Wheels

Next Post

Bukan jenama atau kualiti tetapi kreativiti

Next Post

Bukan jenama atau kualiti tetapi kreativiti

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved