Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Bukan jenama atau kualiti tetapi kreativiti

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-03-17
in SHOW OFF, UTAMA
0

Zaman atau era yang mengagungkan jenama tidak lagi menjadi trend. Terkini, jenama indie dan juga baru menapak dalam industri mempunyai peluang yang sama untuk merebut kuasa pembeli sekali gus menarik perhatian ramai. Semuanya bergantung kepada strategi pemasaran. Bijak atau sebaliknya. Begitu juga dengan dunia audio yang bergerak semakin perlahan sehingga memberi ruang kepada jenama yang jarang didengar mendapat tempat di hati para pencinta audio.

Jarang dengar bukan bermakna tidak berkualiti tetapi tanggapan stereotaip dan tipikal yang menyebabkan situasi ini berlaku. Ia berbalik kepada peluang. Sama ada diberi atau digunakan sebaiknya. Bagi pemilik Exora dari Sungai Petani ini, dia memberi peluang kepada jenama yang jarang didengari dan peluang ini digunakan pula untuk bermain dengan daya kreativitinya sehingga menghasilkan sebuah kereta dengan sistem audio yang nampak biasa tetapi padu!

Bertugas di Pejabat Ukur Kedah Tengah di Sungai Petani, Azizi Mat Isa yang sudah pun berusia 39 tahun ini agak lewat menceburkan diri dalam dunia audio dan autoshow iaitu di sekitar tahun 2017. Jika anda masih ingat, tahun-tahun ini menyaksikan sukan modifikasi mula perlahan dan tidak banyak pertandingan berkapasiti besar yang diadakan khususnya yang melibatkan modifikasi audio kereta.

Namun, ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau yang terus aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kelab. Beliau menyertai dua kelab iaitu Exora Owner Club Malaysia (EOCM) dan NR Exo Familia (Geng Autoshow Exora). Penglibatan dan pergaulan dengan ahli-ahli kelab sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada beliau mendapat informasi serta perkembangan dunia modifikasi yang digunakan ke atas Exora dengan tema Super Sonic ini.

Perkara yang paling menarik perhatian, kebanyakan speaker yang digunakan untuk melengkapi Exora ini tidak kelihatan jenamanya melainkan beberapa speaker mid jenama King Dom. Pujian juga harus diberikan di atas gabungan warna pilihannya, biru, kuning dan putih. Kalau tidak salah, gabungan atau tema yang sama pernah digunakan kereta sebelum ini. Saya akui, pilihan warna ini bukan sahaja nampak kemas dan bersih tetapi sesuai juga ada gaya.

Berbalik kepada sistem audio seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakan speaker tidak kelihatan jenamanya. Paling jelas kelihatan adalah 4 unit woofer PA yang dipercayai dari Thailand, diserikan dengan corak graffiti. Dinamik dan kreatif. Tidak nampak kosong atau membosankan sebaliknya meneruskan tema biru dan kuning tanpa kehadiran warna putih. Tema yang sama juga digunakan di ruang kokpit. Di ruang ini juga, ditanam beberapa speaker yang melengkapi sistem audio Exora milik Azizi.

Exora ini memulakan sistem audio dari pemain utama JVC yang ditanam di konsol dashboard. Bagi mendapatkan hasil isyarat yang lebih berkualiti, UTI Audio SP yang merupakan installer pilihan Azizi untuk membina sistem audio Exora ini telah menambah sebanyak dua unit pre-amp. Khas untuk barisan speaker di bahagian dalam Exora. Corak pemasangan speaker di bahagan ini sangat mudah. Keempat-empat panel pintu depan dan belakang dipasangkan dengan seunit speaker mid, seunit mid King Dom dan seunit horn tweeter.

Manakala di bahagian belakang atau tempat letak barang Exora ini dipasangkan dengan sebuah perumah khas yang menempatkan sebanyak 8 unit mid bass 6.5” dan 4 unit woofer PA tadi. Melengkapi frekuensi tinggi di bahagian belakang, UTI Audio SP telah memasang sebanyak 4 unit horn tweeter untuk mendapatkan bunyi yang seimbang dan harmoni. Kesemua speaker ini dikuasakan oleh 2 unit amplifier 2 channel Bagi memberi kemasan terakhir, Azizi menggunakan khidmat Zam Sticker SP untuk tema Super Sonic tadi.

Namun apa yang membuatkan Exora ini bersemut, pastinya ukiran nama pada kusyen yang ditempah khas di Samad Kusyen SP. Dah habis? Belum lagi. Jangan lupa dongak dan lihat siling Exora yang ala-ala disko. Pergh, bergaya habis!

Previous Post

Penyatuan Ideologi Sistem Audio & Teori Praktikal

Next Post

Set TV dalam Kereta dari Blaupunkt

Next Post

Set TV dalam Kereta dari Blaupunkt

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved